"Kalau boleh orang itu kena menyediakan segala keperluan macam abah saya, sebab abah dah set standard yang tinggi apa yang dia boleh berikan untuk keluarga. Jika saya berkahwin nanti, individu itu kena beri perkara sama sebab keluarga saya sudah pun menjaga saya elok-elok."
Itulah jelas anak gadis kepada usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra, dimana katanya, jika satu hari nanti dia terbuka hati untuk berkahwin, individu tersebut mestilah mampu memberikan kehidupan yang setaraf dengan apa yang telah dimiliki kini.
Sebelum ini, kenyataan Qadejah atau Cess telah mendapat perhatian netizen apabila sudah terbuka bercakap soal perkahwinan, meskipun baru berusia 15 tahun.
Qadejah yang dikatakan bijak merancang masa depan itu memilih tidak terlalu awal mencari jodoh kerana dia merasakan lebih selesa tinggal di bawah jagaan kedua ibu bapanya.
Klik untuk gambar besar
Akui Qadejah, dia masih muda dan banyak perkara yang ingin dicapai dan berhubung itu, dia mahu mengejar lebih pengalaman hidup dan pelajaran sebelum memikirkan soal perkahwinan.
"Saya tak nak kahwin dulu. Lebih baik saya merantau satu dunia dan belajar tinggi-tinggi... santai sahaja. Nak enjoy 'life' dulu," tutur anak kedua daripada enam adik beradik itu.
Sementara itu, Qadejah sempat berkongsi kisah di sebalik hadiah jam tangan mewah Cartier yang diberikan oleh bapanya, dimana jelasnya, permintaan itu bukan dibuat secara s£rius, sebaliknya hanya terc£tus secara spontan ketika sesi siaran langsung di media sosial bersama bapanya.
"Abah bangga saya buat 'live' dan tanya saya nak apa. Saya cakap nak jam Cartier tapi dia tak menolak pun," ujarnya yang turut memberitahu, dia mula minat terhadap jenama mewah sejak kecil lagi.
Jelasnya lagi, minatnya itu timbul kerana sering melihat bapanya membeli barangan berjenama untuk pel@buran dan dari situ, dia faham jam tangan mewah bukan sekadar aksesori tetapi juga aset yang nilainya akan meningkat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment