"Tahniah Datuk Hafez Halimi dan Datin Nelydia," demikian ucap seorang jurusolek selebriti dikenali Rozlan Nassir dimana dia memuat naik foto Nelydia Senrose di media sosial dengan menggunakan gelaran datin terhadap pelakon itu.
Bagaimanapun jurusolek itu tidak menyatakan maksud di sebalik ucapan tahniah pada perkongsian tersebut, sehingga ia menimbulkan tanda tanya.
Apa menguatkan sp£kulasi itu lagi, Rozlan dilihat meletakkan lokasi pada gambar tersebut iaitu di Kuantan, Pahang.
Difahamkan, hari ini berlangsungnya Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sultan Pahang berkenan berangkat menyempurnakan istiadat yang diadakan di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Pahang pada Sabtu.
Perkongsian jurusolek itu turut meraih perhatian ramai apabila rata-rata tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Klik untuk gambar besar
"Tahniah datin hajah Nelydia."
"Wow! Tahniah Nelydia," tulis beberapa pengikut.
Sementara itu, usaha media menghubungi Nelydia untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu tidak berjaya apabila mesej yang dihantar tiada balasan.
Untuk makluman, Nelydia dan Hafez mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019 dalam sebuah majlis tertutup.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment