Pemain bass terkenal, Yan atau nama sebenarnya, Amran Marsiman, tampil mengulas kemungkinan menyertai semula XPDC selepas pernah menyertai kumpulan itu pada 2000.
Untuk info, Yan bukanlah asing dengan XPDC kerana sudah terbabit dengan rakaman album kumpulan itu sejak album pertama, Darjah Satu pada 1990.
"Saya tak nak g@nggu mereka, sama ada XPDC Militia atau XPDC Kita Peng Yu. Tak nak mengg@nggu walaupun saya banyak terbabit dengan album XPDC dari awal.
"Dari mula lagi saya dah terbabit di belakang tabir iaitu sebelum saya sertai XPDC lagi," katanya.
Pada sidang media Penyal@hgunaan Nama & Jenama XPDC semalam, syarikat rakaman Life Records yang mempunyai hak sepenuhnya terhadap XPDC, mengumumkan Yan antara lapan individu yang layak menggunakan nama kumpulan popular ini.
Tujuh yang lain ialah Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael yang juga penyanyi, Mohd Zulkifly Nik Hussin (Izo- gitar), Azuar Md Tasi (Zuar - bass) dan Rosly Abdul Samat (Lee Space - dram).
Turut tersenarai adalah Suhaimi Abu Bakar (Amy - dram), Mohd Ali Ismail (Ali - penyanyi) dan Saiful Rizla Kamarudin (Lola - dram).
Berhubung itu, Yan memberitahu, dia juga tidak berminat menubuhkan XPDC baharu atau menganggotai kumpulan yang menggunakan nama Real XPDC.
"Bila dah sampai tiga itu dah meng@rutlah. Maksud saya dulu kan XPDC berp£cah. Yang ada k0ntrak, ada album, semua itu tak ramai, beberapa orang saja.
"Kami lapan orang ada k0ntrak dengan Life Records. Bila ada band ketiga yang langsung tak ada k0ntrak itu, maknanya Life Records boleh ambil tindakan.
"Bila dia memainkan lagu-lagu kepunyaan Life Records, tindakan boleh diambil oleh 'publishing', macam-macam lagi ikut keperluan undang-undang," ujarnya.
Menurut Yan lagi, perkara ini berlaku disebabkan pihak terbabit tidak faham berkenaan hak cipta.
"Kena fahamkan mereka ini pasal tatatertib, tindakan mahkamah boleh ambil itu semua, hak 'publishing' dan lain-lain, mereka tak faham lagi.
"Walaupun mereka rujuk kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan daftar apa pun, mereka belum faham betul lagi. Kalau ikut k0ntrak yang ditandatangan, nama siapa ada?
"Kena hormatlah. Buatlah nama lain. Apa yang berg@duh ni. Ya Allah, kalau dia kata baik dengan arwah Mael, semua orang pun baik dengan dia," tuturnya yang juga bekas anggota Lefthanded dan Search itu.
Dalam pada itu, Yan berkata, dia masih aktif terbabit di belakang tabir dengan bermain muzik di kelab serta mengadakan persembahan di pelbagai lokasi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment