24 July 2025

"KAMI MEMANG BERKAWAN RAPAT SEJAK DULU LAGI" - ELLA TIDAK MEL£NTING NAMA DIKAITKAN DALAM K£S SHILA AMZAH, TERTANTA-TANYA MENGENAI SITUASI YANG BERLAKU



"Saya tahu saya tiada kaitan langsung dengan perkara itu (isu Shila Amzah yang didakwa kena s£rang), jadi saya tenang sahaja. Jadi, bila benda itu berlaku dan saya dapat tahu, saya tertanya-tanya juga apa yang berlaku."

Itulah kata Ratu Rock, Ella Aminuddin, 59, dimana dia mengakui tertanya-tanya mengenai situasi yang berlaku kepada penyanyi Shila Amzah yang mendakwa dis£rang seorang penyanyi legenda ketika sesi 'sound check' sebuah konsert-baru ini.

Ella yang tidak mel£nting sebaliknya tenang selepas namanya turut terkait dalam kem£lut tersebut, menjelaskan, dia hanya mengetahui cerita berkenaan apabila dimaklumkan oleh beberapa pihak lain.

Ujanya lagi, ketika kejadian itu berlaku, dia berada di lokasi lain untuk satu acara berbeza dan terkejut apabila namanya dipetik netizen.

Klik untuk gambar besar

"Cuma apabila meneliti semula cerita-cerita yang ters£bar, nama saya turut dikaitkan tetapi saya tidak berada di tempat kejadian.

"Pada hari itu, saya berada di Sunway Resort," ujarnya yang turut memberitahu, hubungannya bersama Shila tidak mempunyai sebarang mas@lah dan mereka sempat bertemu pada sebelah malamnya dan berpelukan seperti biasa.

"Tetapi pada malam konsert itu, saya berada di belakang pentas dan sempat bertemu serta berpelukan dengan Shila. Kami memang berkawan rapat sejak dulu lagi," tutur Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin.

Terdahulu, k£s itu mendapat perhatian ramai selepas Shila membuat laporan polis mendakwa dis£rang penyanyi legenda ketika sesi latihan konsert, yang turut dikongsikan di media sosial sehingga menc£tuskan pelbagai reaksi peminat serta warga industri hiburan.
Menerusi laporan media semalam, polis menerima arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) yang perlu diambil tindakan berhubung k£s itu.

Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 35, sebelum ini mengesahkan individu yang dimaksudkan adalah Amy Search iaitu bapa kepada pelakon Nabila Huda.

Polis kemudian membuka sias@tan mengikut Seksyen 506 Kanun Kes£ksaan dan telah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak.

Hasil sias@tan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: