24 July 2025

HADIR DI PEJABAT SKMM - FAZURA TUNJUK BUKTI KOMEN NETIZEN



Pelakon Nur Fazura menerusi perkongsian yang dimuat naik di media sosial dilihat hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ,(SKMM), pada petang Khamis.

Kehadiran ibu tunggal seorang anak itu dipercayai berhubung isu sebaran fitn@h melibatkan dirinya di media sosial.

Bukan itu sahaja, malah Fazura juga memuat naik beberapa salinan bukti-bukti komen netizen dalam sesi perbincangan tersebut dan antaranya adalah komen-komen berkaitan kisah hidupnya selepas bercerai dengan pelakon Fattah Amin.

Sal@h satu komen netizen juga menyebut dia mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya ketika sesi siaran langsung di media sosial.

Klik untuk gambar besar

Fazura yang tidak memberi sebarang kenyataan atau maklumat lanjut tentang kehadirannya di pejabat berkenaan, mendapat sokongan peminat yang mula meluahkan rasa simpati terhadap pelakon itu.

"Aku jarang follow fasal Fazura, tapi bila tengok dia mula bertindak ke atas mereka yang buat fitn@h macam-macam ini memang aku sokong!"

"Mantap Fazura, diaorang (netizen) ini kena ajar macam ini. Kalau tak selagi itu jari jemari itu menulis yang tak elok."

"Ada yang aku baca sangat beriya macam dapat gaji harian menyebarkan b£nci ke seluruh dunia," antara komen komen netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: