"Saya memang tidak selesa untuk berniaga, tetapi saya tidak kisah tentang itu kerana ia merupakan satu kebaikan untuk diri saya sendiri. Apa yang membuatkan saya bersemangat adalah kerana jika saya tidak lakukan (berniaga), nanti saya akan dimar@hi.
"Bagi saya, ia memberi manfaat kepada saya juga. Tiada ayah yang mahu melihat anaknya berada di bawah tahap dirinya. Jadi, kalau saya bekerja keras dari awal, nanti saya tidak perlu berusaha terlalu kuat lagi."
Demikian jelas Ammar Ahyan, 17, dimana anak kepada usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri itu mengakui, dia terpaksa menjual pr0duk menerusi siaran langsung.
Meskipun melakukan perkara itu atas dasar terpaksa, Ammar bagaimanapun menjelaskan, dia tetap meneruskan usaha tersebut kerana menganggap ia turut memberi kebaikan dan keuntungan buat dirinya.
Dalam pada itu, Ammar turut mengulas mengenai kenyataannya yang mahu menceburi bidang politik, dimana katanya, perkara itu bukanlah cita-cita utamanya.
"Saya tidak mahu menjadikan bidang politik sebagai kerjaya utama saya. Saya mahu menjadi pemimpin apabila saya sudah memiliki kerjaya dan kehidupan yang stabil, barulah saya akan masuk ke dalam bidang kepimpinan," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment