25 July 2025

SERING MENERIMA PERTANYAAN BERKAITAN P0LIGAMI - ASLAM AKUI BUKAN MUDAH, LEBIH-LEBIH LAGI PADA USIA MUDA



"Ketika saya buat siaran langsung untuk prom0si pr0duk, memang ada yang minta nasihat mengenai p0ligami, tapi saya anggap itu sekadar gurauan.

"Mungkin mereka sengaja mahu mengusik. Jadi, saya tak ambil s£rius dan biasanya tidak membal@s mesej (DM) berkaitan perkara itu kerana banyak hal lain yang perlu saya beri perhatian."

Itulah kata Aslam, 25, dimana pemp£ngaruh media sosial itu mengakui dia sering menerima pertanyaan berkaitan p0ligami daripada pengikutnya ketika bersiaran langsung di media sosial.

Aslam atau nama penuhnya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, bagaimanapun menyifatkan pertanyaan itu hanya gurauan nak@l segelintir individu yang sekadar mahu mengusik.

Sementara itu, mengulas mengenai kehidupannya sebagai suami kepada dua wanita, Aslam tidak menafikan berp0ligami di usia muda bukan sesuatu yang mudah.

Namun begitu, tutur Aslam, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai cab@ran yang dihadapinya demi menjaga hati banyak pihak.

"Sebenarnya saya tak boleh ulas lebih lanjut mengenai hal p0ligami kerana ia membabitkan sensitiviti keluarga. Apa yang boleh saya katakan, memang tidak mudah.

"Enam bulan pertama sangat mencab@r sebab kita cuba membiasakan diri. Sampai sekarang pun saya masih dalam proses membaiki diri dan berusaha melakukan yang terbaik.

Klik untuk gambar besar

"Saya anggap semua ini sebagai ujian untuk diri saya dan keluarga. Apa yang berlaku, saya terima dengan hati terbuka dan bersyukur, Alhamdulillah," ujarnya.

Dalam pada itu, akui Aslam, dia kurang selesa apabila kehidupan peribadinya menjadi perhatian ramai, namun tetap bersyukur apabila rezeki terus terbuka, termasuk dilantik sebagai wajah kempen pr0duk.

"Sejujurnya, saya dan keluarga bukan dari bidang sebegini. Jadi pada awalnya rasa agak kurang selesa apabila menjadi perhatian ramai, ditonjolkan ke sana sini dan dilihat sebagai figura awam.

"Saya anggap ini semua rezeki daripada Allah SWT. Sekurang-kurangnya kami dapat cuba sesuatu yang baharu, dan masyarakat pun menerima serta menyapa kami dengan baik," katanya.

Untuk makluman, Aslam mendirikan rumah tangga dengan anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim pada Disember 2023 di Songkla, Thailand.

Aslam bernikah kali kedua itu ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan yang juga ibu kepada tiga orang anaknya, sedang mengerjakan umrah bersama keluarga.

Walaupun perkahwinan kedua Aslam itu menc£tuskan kontr0versi dan perg0lakan pada awalnya, dia kini dilihat semakin stabil dalam mengemudi rumah tangganya bersama kedua-dua isteri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: