"Beego ni jenis kalau kita minta nafkah baru dia bagi, itu pun dengan jumlah wang yang tidak mencukupi. Bukan saya tidak bersyukur tetapi duit belanja sekolah anak semuanya saya tanggung sendiri.
"Kalau nak dapatkan duit, apa-apa program sekolah yang perlukan wang, surat cikgu bagi itulah yang kami hantar kepadanya dan baru dia beri wang. Perbelanjaan lain macam barang dapur dan sebagainya memang tak ada."
Demikian ujar pelakon Linda Hashim dimana katanya, sikap sambil lewa suaminya yang juga pelakon, Beego dalam membayar nafkah anak membuatkan dirinya hilang sabar sehingga memuat naik di media sosial.
Jelas Linda, dia terpaksa guna wang sendiri untuk menanggung tiga orang anaknya selepas jumlah diterima tidak mencukupi, dimana suaminya itu hanya akan memberi nafkah sekiranya diminta.
Klik untuk gambar besar
Dedah Linda lagi, Beego juga tidak konsisten dalam membayar nafkah dan ada masanya tidak mengirimkan wang, selain turut mempers0alkan suaminya itu sudah bekerja dan pendapatan mencecah ribuan ringgit.
Disamping itu, dakwa Linda, Beego turut mengirimkan wang secara berulang dengan jumlah sedikit hanya untuk mendapatkan bukti pembayaran untuk dilampirkan ke mahkamah kelak.
"Duit nafkah itu pun dia bagi sikit-sikit, dia akan transfer amaun berbeza dan saya tahu dia buat begitu hanya mahukan bukti pembayaran untuk dibawa ke mahkamah.
"Tapi itu bukanlah nafkah kerana ia hanya kos bayaran untuk bil telefon anak dan kalau ada program melibatkan urusan persekolahan," katanya yang turut memberitahu, dia tidak menerima nafkah daripada suaminya, sedangkan masih bergelar isteri yang sah.
"Dia tak mahu lepaskan tapi nafkah untuk saya sama sekali tak ada. Tak nak lepaskan tapi tak mahu beri nafkah. Apa yang dia bagi adalah untuk anak-anak, itu pun tak cukup," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment