25 July 2025

BELI JAM MEWAH - ANAK ALIFF SYUKRI, QADEJAH ANGGAP SEBAGAI PEL4BURAN



"Sebenarnya tiada sebab khusus. Saya cuma lihat ramai orang buat konten minta hadiah daripada abang atau ahli keluarga. Jadi saya pun cuba, mana tahu dapat.

"Bagi saya, Cartier (jenama jam mewah) ni, setiap tahun atau lima hingga tujuh bulan pun harga boleh naik. Jadi kenapa tidak beli? Saya rasa jam seperti ini bukan sekadar aksesori, tapi satu aset."

Itulah ujar anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadeejah El Zahra, dimana permintaannya untuk memiliki jam tangan mewah bukan sekadar berfesyen tetapi pel@buran jangka panjang.

Bagi Qadejah atau Cess, jam tersebut tidak dilihat sebagai aksesori sahaja tetapi satu aset yang akan naik harga di masa akan datang.

Ulasnya lagi, meskipun ramai yang melihat gaya hidup mewah sebagai 'high maintenance', namun baginya tidak sal@h jika seseorang itu menghargai diri sendiri.

"High maintenance itu bukan sesuatu yang mem@lukan. Ia menunjukkan kita tahu nilai diri kita. Kalau kita mampu, apa sal@hnya?

"Apa yang penting, kita tahu apa yang kita buat. Dan kalau ia boleh beri inspirasi kepada orang lain untuk lebih menghargai diri, kenapa tidak?" tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, Aliff mengakui, dia tidak mampu untuk membeli jam tangan berkenaan, namun baginya anak-anak adalah kekuatan untuk dia terus bekerja keras.

"Sejujurnya saya tak mampu nak beli. Tetapi saya beli juga sebab anak-anak saya adalah kekuatan saya. Saya bekerja keras, ada rezeki pun untuk mereka juga.. tak banyak tapi sedikit.

"Walaupun saya gar@ng dan t£gas, semua ini untuk anak-anak saya. Sebenarnya sebelum ini dia kena mar@h sebab pakai jam mama dia," kata Aliff.

Usahawan sens@si itu bagaimanapun enggan mendedahkan harga sebenar jam tangan berkenaan yang merupakan barangan yang diimpikan oleh Qadejah kerana bimb@ng dituduh ri@k.

"Ini sal@h satu barang impian Cess. Tak boleh beritahu harga. Nanti ada orang kata kami ada perasaan ri@k dan t@kbur pula.

"Saya beli bukan niat untuk ri@k tapi untuk beri inspirasi kepada awak semua kalau ada rezeki lebih," ulasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: