25 July 2025

"TERIMA KASIH & TAK TAHU NAK CAKAP BAGAIMANA" - EBBY YUS TERHARU, LUAH RASA SYUKUR AJAK HADIAHKAN CAWANGAN RESTORAN KEDUA DEKAT DENGAN RUMAH, MUDAHKANNYA BERGERAK



Nampaknya pelakon dan pelawak, Ebby Yus menerima kejutan lagi sekali apabila rakan artis, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Ajak menghadiahkan cawangan baharu restoran miliknya.

Kata Ajak, selepas melihat usaha Ebby menguruskan restoran sebelum ini, dia berbesar hati untuk membuka satu lagi cawangan yang berdekatan dengan rumah rakannya itu bagi memudahkan urusan Ebby untuk ke restoran kerana tidak perlu bergerak jauh.

"Ebby memang selalu datang kedai sehingga buat saya rasa segan. Saya jadi kesian dan terfikir bagaimana untuk buat dia tak penat. Dia memang suka datang sebab mahu bersembang dengan pelanggan restoran," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Ajak berkongsi perkara tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman sosial miliknya, dimana ia memaparkan dia hadir ke rumah Ebby yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menyerahkan dokumen perjanjian bagi pengurusan cawangan baharu itu.

"Selepas ini, Ebby boleh selalu datang sebab dekat betul dengan rumah. Ini cawangan baru untuk Ebby jaga," ujar Ajak atau nama sebenarnya, atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak.

Berhubung pemberian itu, Ebby berasa terharu dan bersyukur apabila terus diberi kepercayaan untuk membantu dalam perniagaan.
"Terima kasih dan tak tahu nak cakap bagaimana. Dalam keadaan begini bukan sahaja diberi rezeki tetapi dapat juga berkongsi rezeki," luahnya.

Sebelum ini, Ajak menyerahkan cawangan restoran miliknya yang terletak di Pasar Seni, Kuala Lumpur untuk diuruskan Ebby sebagai bantuan kepada pelawak itu terus mencari rezeki.

Mengikut perjanjian terdahulu, Ebby mendapat peratus daripada keuntungan jualan bulanan, selain gaji penuh sebagai pemilik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: