"Siapa cakap ni? Pandai-pandai sahaja. Mama (Rohana) meninggal dunia bukan sebab paru-paru. Kaya betullah kalau ini rumah saya. Lagi pun rumah Mama bukan seperti alamat yang tertulis.
"Setakat ini, tak ada lagi nak l£long rumah. Saya cuma ada sebuah rumah milik mama yang saya tinggal sekarang dan saya takkan jual."
Demikian jelas penyanyi dan pelakon Kilafairy yang terkejut apabila nama arwah ibunya iaitu penyanyi Rohana Jalil disebut sebagai pemilik kediaman banglo yang bakal dil£long Ogos ini.
Kila atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan, 33, tampil menafikan dakwaan tersebut dengan memaklumkan, segala butiran informasi yang diiklankan di media sosial itu bercangg@h dengan fakta sebenar.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Kila memberitahu, dia dan bapanya iaitu Jahangir Khan masih menetap di kediaman milik arwah Rohana yang terletak di Subang Jaya, Selangor.
Selain itu, Kila turut meluahkan rasa syukur kerana semua urusan harta milik arwah sudah selesai dan berjanji akan menjaga kediaman tersebut dengan baik.
"Rumah mama ada sahaja lagi, saya tinggal bersama papa di sini dan dijaga dengan baik. Alhamdulillah semua urusan harta mama sudah diselesaikan mengikut hukum," tuturnya.
Sebelum ini, sebuah rumah banglo dipercayai milik seorang penyanyi legenda tanah air yang meninggal dunia akib@t mas@lah paru-paru dua tahun lalu dikatakan bakal dilelong pada 28 Ogos ini.
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Auct1on Property, rumah banglo 2.5 tingkat lot sudut yang terletak di SS18, Subang Jaya itu dilaporkan telah didaftarkan atas nama arwah bersama seorang ahli keluarga dipercayai anaknya.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan menerusi ruangan komen, terdapat netizen yang membuat tekaan banglo mewah itu adalah milik Allahyarham penyanyi Rohana Jalil.
Untuk makluman, Rohana meninggal dunia pada 21 Jun 2023 akib@t mas@lah keboc0ran usus.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment