02 July 2025

"KEBIASAANNYA TAK PERLU 'DEAL', TAPI BAYAR MELALUI MACP... CUMA KALAU PENCIPTA LAGU TAK BAGI KEBENARAN, DIA MASIH PUNYAI HAK ITU" - M NASIR SARAN 4U2C, MAN SENOI BERUNDING



"Pencipta lagu ada hak yang kuat terhadap karyanya. Orang yang rakam lagu pun ada hak. Perkara ini perlu dibawa berbincang. Ia akan jadi lebih senang."

Itulah kata penyanyi dan komposer, Datuk Dr Haji M Nasir, 68, dimana beliau berpendapat perlu ada perbincangan antara pihak-pihak terbabit susulan isu hak cipta lagu yang hangat diperkatakan ketika ini.

Bagi M Nasir, setiap individu yang terlibat mempunyai hak masing-masing dalam sesebuah karya, namun menurutnya lagi, pencipta lagu harus diberi keutamaan apabila melibatkan isu sebegini.

Klik untuk gambar besar

Beliau mengulas perkara itu berhubung kem£lut antara penerbit Man Senoi dan isterinya, Mama Rap yang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap penganjuran konsert 4U2C, We 4U2C Live In Concert kerana mempunyai hak terhadap 25 lagu nyanyian kumpulan terbabit.

Dalam pada itu, M Nasir berkata, dalam mana-mana penganjuran acara konsert, pemilihan lagu seharusnya mendapat persetujuan pencipta yang merupakan pemilik sesebuah karya.

"Penganjur tiada hak, penyanyi pula kalau nak guna lagu kena berurusan dengan pencipta. Kebiasaannya tak perlu 'deal', tapi bayar melalui Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP). Cuma kalau pencipta lagu tak bagi kebenaran, dia masih mempunyai hak itu," ujarnya.
Terdahulu, Man Senoi dan Mama Rap mempers0alkan penganjuran konsert kumpulan 4U2C yang dikatakan dibuat tanpa perbincangan dengannya.

Suami isteri itu turut mendakwa tidak dihubungi oleh mana-mana pihak termasuk penganjur konsert iaitu Juss Event dalam meminta kebenaran untuk isu hak cipta lagu berkaitan dengan 'sound audio' atau bahan rakaman yang menjadi hak milik Zman Productions bagi konsert yang dijadual berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 15 September depan.

Untuk info, 4U2C adalah artis rakaman Zman Productions milik Man Senoi dan Mama Rap, bagaimanapun hubungan ini terlerai selepas album kedua 4U2C yang membawa ke mahkamah dan kemenangan berpihak kepada Zman Productions.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: