11 July 2025

KINI SAH ISTERI MUTAWIF - NEERA AZIZI LUAH RASA SYUKUR



"Sejak awal pagi memang rasa gementar. Lebih-lebih lagi apabila sarung baju pengantin dan duduk di atas pelamin. Namun syukur semuanya berjalan lancar. Sekarang adalah fasa baru dalam hidup saya."

Itulah kata pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi yang kini telah pun selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya iaitu seorang yang bergelar mutawif, Muhammad Hafizi Mohd Noor, 26, dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada pagi Jumaat.

Dalam majlis tersebut, pasangan ini dinikahkan oleh bapa Neera iaitu Azizi Mohamad dengan sekali lafaz.

Kemudiannya, Hafizi dilihat menyerahkan seutas gelas emas sebagai mas kahwin beserta wang hantaran RM20,000, selain sebentuk cincin.

Pihak pengantin lelaki turut memberikan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Neera atau nama sebenarnya, Nurazneera Azizi, 27, meluahkan rasa syukur serta mengakui berdebar sebelum disatukan dalam ikatan sah sekitar pukul 9.30 pagi tadi.

Majlis tersebut berlangsung di sebuah dewan di Subang Jaya, Selangor, dimana ia hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta teman rapat.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, Neera ada berkongsi detik perkenalan singkat bersama suami, dimana dia mengakui antara niatnya ke Tanah Suci pada Februari tahun lalu adalah untuk berdoa dipertemukan jodoh.

Malah Neera tidak menyangka doanya dikabulkan oleh Allah SWT, sekaligus bertemu dengan seorang yang bergelar mutawif dan layak digelar ustaz.

"Ketika mengerjakan umrah, pada awal saya tak ada rasa apa-apa, tapi memang ada niat untuk berdoa supaya dipertemukan jodoh.

"Ketika itu, dia tak ada pun hendak rapat dengan saya dan saya juga begitu. Selepas berdoa, tiba-tiba perasaan itu terbuka dan tersuka dekat dia, tapi saya tak cakap apa-apa lagi.

"Selepas pulang umrah, kami berhubung dan mula rapat. Selepas mula rapat, dia ajak saya untuk terus bertunang sebab dia tak mahu bercinta lama-lama.

"Dia kata tak baik dan memilih bercinta selepas kahwin," tutur yang juga terharu apabila lelaki berkenaan membuat keputusan untuk bertunang selepas beberapa hari pulang mengerjakan umrah.

Untuk makluman, Neera dan Hafizi bertunang pada Oktober tahun lalu selepas setahun berkenalan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: