10 July 2025

KONGSI PENGALAMAN KALI PERTAMA BERCUTI PAKAI HIJAB - SYASYA AKUI PERNAH RAGU-RAGU SOAL PENAMPILAN : "SYUKUR UNTUK PENJALANAN INI... DEFININSI KECANTIKAN YANG SAYA RASAKAN"



"Pernah suatu ketika saya tertanya-tanya, adalah masih boleh berpakaian cantik? Adakah masih rasa yakin? Adakah orang akan melihat saya dengan pandangan berbeza?

"Kali pertama bercuti sebagai hijabi... Subhanallah, ia rasa sangat istimewa," ujar Syasya Rizal dimana penyanyi itu memberitahu, dia pernah timbul rasa keraguan tentang perubahan dalam dirinya, selepas tampil berhijab sejak dua tahun lalu.

Kata Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, dia bukan hanya meragui tentang keyakinan terhadap diri sendiri, malah pandangan sekeliling juga antara yang menjadi tanda tanya.

Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun, bekas anggota kumpulan Dolla itu meluahkan rasa syukur atas keputusan yang dibuat sebelum ini dan pengalaman pertama kali bercuti dengan gaya bertudung turut membuka matanya tentang penampilannya itu.

Luahan itu dibuat Syasya menerusi media sosial miliknya dengan menyertakan beberapa gambar sedang bercuti di China bersama suami dan anak mereka.
Baginya, kesederhanaan dalam gaya juga memberi satu penampilan yang cukup berbeza buat dirinya.

"Kesederhanaan tidak pernah padamkan cahaya, ia cuma membuatkan lebih bersinar. Syukur untuk perjalanan ini. Ketenangan yang baru saya temui. Defininsi kecantikan yang saya rasakan," luahnya.

Dalam hantaran tersebut, Syasya turut memuat naik beberapa gambar dengan gaya fesyen berbeza, namun tetap kelihatan anggun bertudung.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: