14 July 2025

K£S CERAI ZEHRA ZAMBRI DITANGGUHKAN, AKAN DISELESAIKAN SECARA HAKAM



Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini, menangguhkan k£s perceraian penyanyi Zehra Zambri, 38, dan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, pada 13 Ogos depan.
Dalam pada itu, pihak mahkamah turut memerintahkan keputusan perceraian membabitkan pasangan ini akan diselesai melalui Hakam Islah iaitu lantikan hakam yang ditentukan oleh pihak mahkamah.

Peguam mewakili Zehra iaitu Abd Muiz Samsuri ditemui berkata, menerusi pembentangan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada hari ini juga mendapati ada berlakunya Syiqaq (tiada persefahaman) yang panjang antara Zehra selaku plaintif dan defendan (Iqwan).

"Hasil keputusan JKP dibentangkan hari ini, pihak mahkamah mendapati bahawa ada berlakunya Syiqaq antara klien saya, Zehra dan defenden. Jadi atas dasar itu, mahkamah menetapkan untuk perlantikan Hakam Islah kali pertama yang akan ditetapkan pada 13 Ogos depan.

"Hakam Islah sepatutnya daripada pihak keluarga, manakala satu lagi hakam adalah lantikan mahkamah. Walau bagaimanapun, bagi k£s perceraian ini mahkamah sudah menetapkan Hakam Islah yang juga lantikan dibuat oleh mahkamah," katanya.

Selain itu, Abd Muiz berkata, anak guamnya tidak bersetuju dengan permohonan Iqwan sebelum ini yang meminta Zehra untuk menggugurkan beberapa tuntutan dibuat terhadapnya.

"Pihak kami (Zehra) tidak bersetuju (gugurkan permohonan dibuat). Disebabkan dengan permintaan defenden berkenaan, atas alasan itulah yang membuatkan klien saya (Zehra) hadir ke mahkamah untuk membuat permohonan perceraian.

"Bagi kami alasan itu adalah penting. Sekali lagi, pihak kami tidak bersetuju dengan beberapa perenggan pengguguran pada permohonan tersebut," ujarnya yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat bagi pembentangan keputusan JKP.

Iqwan sebelum ini meminta isterinya, Zehra menggugurkan dakwaan berkaitan nafkah dan kegan@san rumah tangga dalam permohonan perceraian difailkan pada 7 Mac lalu.

Terdahulu, pihak mahkamah memutuskan Iqwan dan Zehra untuk melantik wakil masing-masing bagi menjalani proses JKP, namun tiada kata putus dicapai membuatkan k£s perceraian itu ditangguhkan.

Pada Mac lalu, Zehra memfailkan permohonan cerai secara 'fast track' suaminya, Iqwan selepas mendakwa lebih tiga tahun berusaha mempertah@nkan rumah tangga mereka, tetapi menemui jalan buntu.

Untuk makluman, Zehra dan Iqwan mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: