"Saya agak terkejut apabila Shila mengatakan lagu itu berdasarkan kecur@ngan yang berlaku dalam rumah tangga saya. Memang tak sangka anak sendiri hasilkan lagu daripada kisah saya. Dia tak pernah cakap apa-apa cuma ada beri dengar dua minggu sebelum lagu itu dikeluarkan."
Demikian jelas ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman, 57, dimana dia mengakui terkejut apabila mengetahui lagu terbaharu anaknya berjudul 'Pernah Punya Aku' diinspirasikan daripada kisah rumah tangga bersama penyanyi Datuk ND Lala yang dilaporkan berkecai akib@t kehadiran orang ketiga.
Kata Fauziah, kali pertama mendengar lagu itu dimainkan oleh Shila semasa mereka berada di dalam kereta dan dia langsung tidak menyangka lagu berkenaan mempunyai kaitan dengan kisah peribadi yang pernah dilaluinya.
Dalam pada itu, Fauziah memberitau, walaupun lagu tersebut kini sering dimainkan di radio, dia sudah tidak menyimpan rasa sedih dan menganggap segala yang berlaku adalah perkara lalu.
Klik untuk gambar besar
Tambah ibu Shila itu lagi, kehidupannya kini jauh lebih tenang dan bahagia berbanding semasa bergelar isteri, memandangkan bekas suaminya dahulu dikatakan terlalu mengongkong.
"Dalam perkahwinan saya langsung tak dibenarkan bergaul dengan orang luar. Bekas suami sentiasa suruh dengar cakap dia. Ketika itu saya cuma ada anak-anak sebagai teman sehingga kawan anak sendiri jadi rakan saya. Mal@ngnya kawan anak pula yang ambil suami kita.
"Saya memang tidak dibenarkan berkawan, bekas suami saya memang sangat c£mburu, dia tak bagi saya ke mana-mana. Saya memang fokus keluarga sebelum ini," katanya yang mengambil masa enam bulan untuk memulihkan semangatnya selepas perceraian itu dan dia kini lebih selesa dikelilingi rakan-rakan yang p0sitif.
"Hampir enam bulan saya terp£ruk di rumah. Selepas itu saya bangkit demi anak-anak. Saya fikir kenapa nak r0sakkan diri sendiri untuk perkara yang sia-sia. Sekarang saya banyak pergi ke majlis ilmu, berzumba atau hiking. Saya lebih seronok dengan kehidupan baru, berkat rakan-rakan yang banyak membantu," tuturnya.
Pada tahun 2023, k£coh khabar angin mendakwa ND Lala sudah berkahwin secara rahsia dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripada usianya, malah individu itu dipercayai merupakan sahabat Shila sejak dibangku sekolah.
Fauziah dan ND Lala atau nama sebenarnya, Datuk Amir Amzah Salleh, 63, kemudiannya sah bercerai pada 2 Ogos 2023 menerusi lafaz melalui rakaman suara di WhatsApp.
Selain Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 35, mereka turut dikurniakan tiga orang anak lain iaitu Amir Syafiq, 32, Amir Syahir, 30, dan Nur Syuhada, 27.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment