"Saya sendiri memilih menjaga jarak dengan dia (Farid Kamil) dari segi komunikasi. Seperti yang kita tahu, ini suatu perkara yang sangat baharu dan masih segar di fikiran saya.
"Saya perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan ini. Tetapi, siapa tahu, mungkin suatu hari nanti, kami akan berkomunikasi semula. Cuma, buat masa sekarang, biarlah semuanya tenang dulu.
"Pada masa sekarang, tidak ada keperluan untuk kami berkomunikasi antara satu sama lain. Lagipun, saya baru melalui fasa perpisahan. Jadi, saya perlukan sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan kehidupan baharu ini."
Itulah kata pelakon dan penyanyi, Diana Danielle, 34, dimana dia menyifatkan tiada keperluan untuk dia berkomunikasi dengan bekas suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil, 44, dan lebih baik Farid hanya berhubung dengan anak-anak mereka saja.
Kata Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, dia enggan membuka ruang untuk cerita peribadi mereka dan menjadi perhatian umum lagi selepas sah bercerai kali kedua kira-kira empat bulan lalu.
Menurutnya lagi, dia masih mencari rentak kehidupan yang menjadi fokus utamanya dalam melalui fasa baharu berkenaan serta memastikan ketenangan pada diri.
"Sekarang dia (Farid) menghubungi anak-anak sahaja. Saya pun tidak s£kat dan menghalang dia berbuat demikian (hubungi anak) kerana walau macam mana pun dia tetap bapa kepada anak-anak saya.
"Kita biarkanlah bapa dan anak saja terus berhubung sebab ini juga cara yang terbaik bagi mengelakkan diri saya dikaitkan cuba memp£ngaruhi anak atau sebagainya cerita tidak betul.
"Fokus utama kami sekarang adalah anak-anak. Jadi, kalau ada apa-apa yang dirasakan sesuai contohnya, kalau dia merancang hendak berbuat sesuatu dengan anak-anak, dia boleh tanya terus kepada mereka.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Diana turut mengulas mengenai kenyataannya dalam temuramah program p0dcast baru-baru ini berhubung kep£ritan dirasai selepas hilang teman rapat, dimana ia membuat segelintir netizen mengaitkan insan dimaksudkan itu adalah Farid dan Diana turut didakwa belum 'move-on'.
Jelas pelakon filem 'Imaginur' itu, apa yang dikongsikan dalam p0dcast itu tidak sp£sifik merujuk kepada seorang individu saja kerana baginya ada ramai orang pernah terkait dalam perjalanan kehidupannya dari kecil hingga dewasa.
"Dalam temubual p0dcast itu, saya sekadar berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup saya. Tapi, sudah tentulah apabila bercerita mengenainya akan muncul beberapa nama yang pernah wujud dalam fasa tertentu.
"Cuma, bukan hanya Farid saja, malah beberapa individu lain juga. Bagaimanapun, saya tidak jangka ia jadi emosi0nal ketika rakaman dan keadaan itu berlaku secara sp0ntan," tuturnya.
Untuk makluman, Diana mendirikan rumah tangga dengan Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10.
Namun, pasangan ini bercerai kali pertama menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023, tetapi rujuk semula ketika Diana masih dalam iddah.
Pada Oktober tahun lalu, Diana sekali lagi memfailkan permohonan cerai terhadap Farid di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan k£s mereka diselesaikan secara baik di mahkamah pada 24 Mac lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment