"Kalau tidak perlukan duit untuk beli apa-apa, saya tak minta sebenarnya. Saya beri sahaja masa sebagaimana beberapa tahun dah selesai kerja tapi bayaran belum selesai semua lagi.
"Untuk kali ini memang saya nak guna duit itu. Mereka pun tahu alasan yang sangat penting. Saya sudah beritahu mereka siap bukti bergambar untuk menyakinkan bahawa saya tidak men1pu."
Demikian ujar pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak dimana dia mengakui, masih belum menerima baki bayaran berjumlah RM18,000 seperti yang dijanjikan oleh sebuah stesen televisyen, selepas hampir tiga tahun menunggu.
Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 35, berkata, dia terd£sak memerlukan duit tersebut dan berhubung itu, berharap pihak berkenaan dapat melunaskan bayaran seperti yang diminta sebelum ini.
Klik untuk gambar besar
Tutur Amir, perkara itu terlalu peribadi dan tidak perlu diceritkan kepada umum mengenai mas@lah yang dihadapi, selain juga memberitahu, dia ada berjumpa dengan wakil pihak berkenaan bagi membincangkan tentang proses bayaran baki tertunggak.
Pada awalnya bersetuju dengan terma yang ditetapkan, namun Amir kemudian meminta ihsan pihak terbabit untuk membayar segera atas sebab-sebab tertentu.
"Selepas perjumpaan itu, ada sesuatu yang telah berlaku dan saya telah maklumkan kepada mereka secara lembut, berhemah serta terperinci. Saya perlukan duit itu segera dalam kadar amaun sedikit besar.
"Biarpun tak dapat semua, boleh sahaja bagi ikut logik mengikut segala bukti dan sebab yang saya berikan," luahnya.
Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza, Amir menolak tawaran seorang peguam yang ingin membantu bagi urusan tuntutan berkenaan.
"Pertama, dah tentu pakai kos. Kedua ambil masa lama. Saya nak pakai duit itu sekarang. Saya bukan nak duit untuk bayar hut@ng atau apa-apa yang neg@tif. Saya cuma boleh beritahu nak pakai duit untuk bantu keluarga. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan," tulisnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment