"Umrah kali ini agak sedikit berbeza, aturcara dibuat seperti lawatan ziarah semuanya berjalan lancar tapi penerbangan waktu bertolak agak k£lam k@but kerana kami dipisahkan dan tidak bertolak bersama."
Itulah ujar penyanyi Ezad Lazim, dimana dia meluahkan rasa k£sal apabila program Umrah Langkah Seiringan Exists bersama peminat tidak berjalan dengan baik seperti dirancang pada 22 Januari hingga 2 Februari lalu.
Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 46, berkata, keadaan ketika itu agak k£lam k@but dan segalanya tidak mengikut perancangan awal.
Klik untuk gambar besar
"Bila tiba di Tanah Suci tapi hotel dijanjikan tak sama seperti dikatakan sebelum ini, kami dapat hotel jauh dan kena naik dua bas untuk ke Masjidil Har@m... alasan diberikan sebab waktu kemuncak jadi sudah penuh.
"Ada anggota Exists lain terpaksa guna duit sendiri tempah hotel lain sebab nak duduk sekali dalam rombongan, saya juga terpaksa beli tiket balik sendiri sebab penganjur belum belikan tiket," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment