09 July 2025

SAH BERCERAI DENGAN RUSHDI RAMLI - SHARON PAUL AKUI BEBAS DARIPADA PEND£RITAAN 'C0LD VIOL£NCE'



"Saya sudah bercerai sejak Januari tahun lalu. Saya sendiri yang uruskan proses perceraian itu dengan melantik peguam dan selesaikan semuanya. Kalau tunggu dia, memang tidak akan selesai apa-apa."

Itulah jelas komposer Sharon Paul, 48, yang mendedahkan dia sudah bercerai talak satu dengan pelakon Rusdi Ramli pada Januari tahun lalu, dimana dia akhirnya memfailkan permohonan cerai terhadap pelakon itu selepas tiada jalan penyelesaian membabitkan kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, Sharon turut menyifatkan tahun lalu adalah tempoh yang cukup mencab@r, namun bersyukur berjaya mengh@rungi satu persatu dug@an.

"Tahun lepas memang sangat mencab@r. Saya terpaksa uruskan pinjaman hartanah yang bukan atas nama saya, bayar bil, tanggung dua anak dan pada masa sama jalankan perniagaan sendiri.

Klik untuk gambar besar

"Tahun ini saya anggap sebagai tahun pemulihan. Kadang-kadang kita perlu j@tuh dulu sebelum boleh bangkit semula. Saya gembira dan rasa bebas sekarang.

"Ada satu istilah mengenai perkara yang saya terpaksa hadap selama ini iaitu 'c0ld viol£nce'," ujarnya yang turut memberitahu, anak-anak memilih untuk tinggal bersamanya ketika ditanya mengenai hak penjagaan dua anaknya.

"Anak-anak pilih untuk tinggal bersama saya. Tak ada gunanya minta nafkah, hanya membazir duit untuk bayar peguam. Mereka boleh saja tinggal dengan Rusdi, tapi mereka lebih selesa duduk dengan saya," katanya.
Sebelum ini, rumah tangga pasangan ini dikhabarkan bagai r£tak menanti belah, malah Sharon menerusi satu temu bual mengaku bertahan dalam perkahwinan dengan Rusdi kerana anak-anak.

Untuk makluman, pasangan ini berkahwin pada 2008 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Reo Ridza, 16, dan Ryan Ridza, 13.

Sebelum itu, Rusdi pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata lelaki, Efiezal Ridza, 34.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: