"Tiada niat nak masuk campur, saya berkongsi berdasarkan fakta dan pengalaman yang pernah dilalui kumpulan Exists. Isu ini juga umum, bukan niat kami tidak baik dan mahu menutup periuk nasi sesiapa."
Demikian jelas komposer Ajai, dimana dia tidak berhasrat untuk terlibat dengan lebih mendalam susulan luahan kekec£waan penyanyi dan pengacara, Datuk AC Mizal berkenaan kontr0vsersi penganjuran konsert kumpulan 4U2C, iaitu WE 4U2C Live In Concert.
Kata Ajai atau nama sebenarnya, Mohamad Faizal Maas, 50, apa yang dikongsikan sebelum ini hanya menjawab pertanyaan media dan mengikut pengetahuannya berdasarkan fakta serta pengalaman. Ujarnya lagi, dia tidak mahu pengkarya lain menerima nasib yang sama seperti dia bersama kumpulan Exists dimana mereka pernah melalui pengalaman yang hampir serupa sebelum ini.
"Kami pernah alami isu seperti ini ketika mahu meninggalkan syarikat rakaman lama sebelum sertai label antarabangsa. Jadi, kami tak mahulah isu seperti ini terpalit kepada mereka yang berkarya. Apa yang disampaikan hanyalah berkaitan fakta dan undang-undang," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Ajai membuat permohonan maaf itu sekiranya kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini meny1nggung perasaan mana-mana pihak, selain berkata, pihaknya sentiasa menyokong mana-mana rakan artis yang ingin terus berkarya, sekali gus berharap segala kem£lut yang berlaku pada ketika ini dapat diselesaikan secara baik.
"Saya ingin menjelaskan kenyataan saya sebelum ini berkenaan konsert 4U2C. Sekiranya kenyataan saya telah disal@h tafsir atau meny1nggung mana-mana pihak, saya mohon maaf.
"Ia bukan bertujuan untuk menghalang mana-mana pihak daripada berkarya. Saya menyokong usaha mana-mana artis untuk terus berkarya dan berharap segala perkara dapat diselesaikan secara baik dan berhemah," tulisnya.
Sebelum itu, AC dalam sidang media terg£mpar 4U2C yang berlangsung hari ini di Kuala Lumpur, meluahkan rasa kec£wa dengan kenyataan Ajai yang menyatakan kumpulan 4U2C tidak boleh adakan konsert tanpa mendapat kebenaran pemilik lagu-lagu dinyanyikan.
Menurut AC atau Mizal Zaini, 54, kenyataan yang dibuat itu seolah-olah menggambarkan Ajai tidak faham akan perundangan muzik seperti yang terkandung dalam Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).
Dalam pada itu, AC menerusi peguamnya juga menuntut Ajai membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan undang-undang di ambil.
Kontr0versi berkaitan konsert 4U2C mula terc£tus apabila penerbit Man Senoi dan isterinya, Mama Rap tampil mendakwa pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran WE 4U2C Live In Concert, biarpun mereka memiliki hak sepenuhnya ciptaan lagu-lagu kumpulan itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment