19 July 2025

"SAYA CUBA UNTUK BERDAMAI DENGAN KEHIDUPAN, TAK MAHU CARI SAL4H" - HAFIZ SUIP SEDIH BERJAUHAN DENGAN ANAK-ANAK, TAK DAPAT TAHAN SEBAK



"Saya rasa apabila berjauhan dengan anak, itulah perkara paling sedih. Sampai sekarang saya masih melaluinya. Saya bersyukur sahaja, bersyukur dengan setiap pemberian Tuhan.

"Saya cuba untuk berdamai dengan kehidupan, tak mahu cari sal@h. Kerana cari sal@h itu buat saya kusut. Bila bersyukur dan reda, Insya-Allah akan dapat kebahagiaan itu."

Demikian jelas penyanyi Hafiz Suip yang meluahkan perkara itu menerusi satu hantaran video di media sosial, dimana mengakui perkara paling menyedihkan dalam hidupnya adalah berjauhan dengan anak tersayang.

Kata Hafiz, situasi itu masih berlarutan hingga ke hari ini dan menjadi antara ujian paling besar yang perlu dit£mpuh sebagai seorang bapa.

Klik untuk gambar besar

Menerusi rakaman tersebut, Hafiz dilihat tidak mampu menahan air mata ketika berkongsi apa yang sedang dilalui dalam kehidupannya.

Hafiz dalam nada sebak memberitahu, dia memilih untuk terus bersyukur atas segala ketentuan Tuhan tanpa menyal@hkan mana-mana pihak.

Tambah penyanyi lagu 'Terus Bersinar' itu, bukan mudah berdepan pelbagai persepsi masyarakat, lebih-lebih lagi apabila ada yang menilai dirinya secara neg@tif tanpa mengetahui situasi sebenar.
"Banyak tanggapan orang pada saya, tapi paling sedih bila orang anggap saya jah@t sahaja di mata mereka.

"Mulut orang tak boleh tutup... Apa yang saya boleh buat, jalankan hidup seperti biasa. Lambat-laun orang akan faham dan tahu kebenarannya," tuturnya.

Perkongsian penuh em0si itu nyata mengundang simpati netizen yang mendoakan agar Hafiz terus tabah, kuat dan dipermudahkan segala urusan hidupnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: