"Ia merupakan pengalaman men@kutkan sampai dipesan oleh JPAM supaya saya tidak meneruskan penggambaran pada hari tersebut.
"Mungkin faktor cuaca yang panas, penat dan lari pula atas pasir. Dalam pasir ada banyak batu karang. Bayangkanlah. Itu menyebabkan sal@h satu punca (hampir p£ngsan), mungkin.
"Mereka suruh saya rehat dan balik. Kalau apa-apa berlaku kepada saya, memang mas@lah untuk pr0duksi kerana penggambaran sudah hampir selesai.
"Tapi saya beritahu mereka tidak boleh berehat kerana enggan menj£jaskan keseluruhan proses penggambaran filem ini."
Itulah kata pelakon Datuk Hilal Azman, 69, dimana dia pernah berdepan detik c£mas apabila hampir p£ngsan di lokasi penggambaran filem 'Memori'.
Kata Hilal atau nama sebenarnya, Nor Hilal Abdulllah, faktor berlakunya mas@lah kesihatan ketika melakonkan babak di persisiran pantai itu mungkin disebabkan cab@ran cuaca panas dan terlalu penat.
Bukan itu sahaja, malah Hilal memberitahu, dia pernah menolak nasihat anggota Jabatan Pertah@nan Awam Malaysia (JPAM) untuk tidak meneruskan penggambaran kerana enggan menyuk@rkan pihak pr0duksi.
Klik untuk gambar besar
Ujarnya lagi, dia akan menjaga setiap amanah yang diberikan tanpa mengharapkan sebarang pengiktirafan.
"Kalau ditanya kenapa saya berminat untuk berlakon filem ini, sejujurnya adalah kerana saya mencari rezeki untuk keluarga. Bukan kerana mahu dapat anugerah.
"Sewaktu saya datang uji bakat saya berdoa mahu mencari rezeki buat isteri dan anak-anak. Alhamdulillah dapat. Jadi bila sudah diterima ia merupakan satu amanah.
"Itu puncanya saya mahu buat yang terbaik dalam setiap apa sahaja tawaran diterima," tutur Hilal yang berjaya meraih anugerah Pelakon Terbaik Asia Pasifik pada Februari lalu menerusi filem 'Memori'.
Selain Hilal, filem 'Memori' yang diedarkan oleh GSC Movies dan akan ditayangkan di seluruh pawagam bermula 31 Julai ini turut dibintangi pelakon Hisyam Hamid dan Diana Danielle.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment