Menerusi syarikat, AMP Moves Sdn Bhd dengan kerjasama Sheunik serta Teguh Setanding, penerbit iaitu Richard Ung mengambil inisiatif untuk membantu pelakon veteran, Dharma Harun Al-Rashid, 69, dengan menganjurkan tayangan khas filem genre aksi 'Felai X' di pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Petaling Jaya pada 17 Julai ini.
Jelas Richard, tayangan khas itu lebih untuk membantu mengumpul sumbangan buat Dharma yang kes£mpitan wang ketika ini dan bukannya untuk menjual filem ini.
"Secara kebetulan, Dharma dan anaknya, Muhammad Al Syafiq turut berlakon dalam filem 'Felai X' yang menjalani penggambaran tahun lalu.
"Dharma pegang watak ketua g@ngster dalam filem yang memaparkan kisah 'sc@mmer' dalam pelaburan for£x dan perniagaan perjud1an dalam talian ini. Dharma juga masih sihat ketika itu dan tidak kurus seperti sekarang," ujarnya.
Tambahnya lagi, Dharma memerlukan kira-kira RM8,000 hingga RM10,000 untuk membayar tungg@kan sewa rumah dan kos sara hidup bersama anaknya ketika ini.
"Saya tidak dapat berkongsi jumlah sumbangan yang akan disalurkan kepada Dharma pada majlis tayangan khas itu nanti.
"Apa yang boleh saya beritahu sumbangan itu cukup untuk bawa Dharma keluar dari kem£lut yang dihadapi sekarang iaitu untuk bayar tungg@kan sewa rumah dan kos sara hidup dalam tempoh tiga bulan sehingga anaknya menamatkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai filem 'Felai X' pula, Richard memberitahu, dia belum ada tarikh untuk tayangan filem arahan Zamri Zakaria itu.
"Saya putuskan buat tayangan khas filem ini terlebih dulu khusus untuk membantu Dharma dan anaknya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment