Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, 33, menerusi media sosialnya telah satu mengumumkan dimana semalam merupakan hari penamatan perkhidmatannya sebagai pengacara program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI).
Bertugas sebagai pengacara WHI selama sembilan tahun ini, Uyaina berkata, itu adalah keputusannya sendiri tanpa sebarang sengk£ta mahupun sal@h faham.
"Sudah tiba masanya. Selamat tinggal WHI. Hari ini (semalam) adalah hari terakhir Uyaina mengacarakan program WHI. Uyaina yang memilih untuk pergi. Tak ada sengk£ta, tak ada sal@h faham.
"WHI adalah rumah saya dan pasukan WHI adalah keluarga saya. Saya sayang program ini sama seperti sayangnya saya kepada setiap individu yang menjayakan program ini.
"Kalau ada yang tertanya kenapa, Jawapannya cuma satu; Kerana sudah tiba masanya," tulis Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad yang turut memberitahu, ia bukanlah keputusan yang mudah.
"Bukan mudah untuk buat keputusan ini, tapi saya rasa dah tiba masanya untuk seorang Uyaina Arshad mengorak langkah menuju sesuatu yang baru.
"Kadangkala, anda cuma perlu tahu, bila masa yang sesuai untuk pergi. Alhamdullilah. Pencapaian terbesar saya adalah diberi kepercayaan tahun demi tahun untuk mengemudi sebuah program sehebat WHI selama sembilan tahun.
"Ia bukanlah satu tempoh yang singkat. Masya-Allah. Ia adalah sesuatu yang sangat saya banggakan," katanya yang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangannya yang juga dianggap umpama guru buatnya dalam dunia pengacaraan.
"Di sinilah tempat saya belajar menjadi seorang pengacara yang baik. Menyusun setiap kata-kata, menjaga s£nsitiviti, menghidupkan suasana dan paling penting, menghiburkan dan menyampaikan ilmu sebaiknya kepada penonton.
"Terima kasih kepada guru pertama dan juga rakan penyampai pertama saya, Kak Rena dan Kak Fiza. Waktu tu, cuma kami bertiga. Banyak ilmu yang mereka curahkan kepada saya dan mengajar saya untuk menjadi seorang pengacara yang berilmu dan beretika.
"Terima kasih rakan-rakan pengacara yang lain, Abang Fahrin, Sugee, Fatin, Syira. Saya berbesar hati dapat mengacara di samping kalian sepanjang sembilan tahun ini! Teruskan legasi WHI!" tuturnya.
Dalam hantaran itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berkongsi video detik-detik terakhir dia mengacarakan WHI yang dirakamkan semalam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment