30 July 2025

TIADA LAGI TEKA-TEKI - SITI SALEHA UMUM HAMIL ANAK SULUNG



"Kami dah lama simpan rahsia. Josh (suami) makan terlampau banyak dan dia semakin kembung. Jadi saya fikir mahu samakan perutnya dengan 'bump' saya."

Itulah kata pelakon Siti Saleha, dimana dia akhirnya menjawab teka-teki apabila berkongsi berita gembira dengan mengesahkan dirinya kini sudah berbadan dua dan bakal dikurniakan cahaya mata sulung.

Bagaimanapun, Siti Saleha atau nama penuhnya, Siti Saleha Mohd Baharum, 35, tidak memperincikan butiran lain termasuk usia kandungannya yang terkini.

Siti Saleha yang membuat pengumuman tersebut menerusi media sosial dengan memuat naik video pendek itu menunjukkan dia memeluk suaminya, Joshua Fitton, 38, dengan berlatarkan suasana romantis di sebuah pusat peranginan.

Klik untuk gambar besar

Apa yang lebih mencur1 tumpuan apabila di tangannya terdapat beberapa foto seakan-akan menunjukkan imbasan ultrasound bayi mereka.

Meninjau ke ruangan komen pula, ramai peminat dan rakan artis meninggalkan ucapan tahniah kepada pasangan itu.

"Alhamdulillah, tahniah buat anda berdua," ucap pelakon Hanna Delisha.

"Tahniah, masa yang tepat untuk hidup bertiga," tulis seorang pemilik akaun lain.
Sebelum ini, Siti Saleha memaklumkan belum bersedia mengulas sp£kulasi kehamilannya selepas tular satu video menunjukkan seakan-akan dia mempunyai 'baby bump' ketika mengenakan busana hitam ketika dalam sebuah acara filem.

Begitupun, Bintang Asia Terbaik – Malaysia di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul di Korea Selatan tahun lalu itu memberi bayangan hamil kerana bakal bercuti panjang selepas menjayakan penggambaran drama 'Bad Cop'.

Untuk makluman, Siti Saleha dan Joshua yang merupakan seorang pereka fesyen itu diijabkabulkan dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada Februari lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: