Penyanyi Ameng mengangggap titik hit@m yang berlaku dalam hidupnya adalah satu bentuk pengajaran untuk memberi manfaat kepada orang ramai dan berhubung itu, dia terbuka berkongsi pengalaman ketika menjalani hukvman penj@ra akib@t dad@h.
Malah selepas diangkat sebagai Ikon Antidad@h 2025, Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 56, berkata, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memberi pengajaran terutama buat golongan anak muda tentang bah@na penggunaan bahan terlar@ng itu.
"Kisah saya kena r0tan selalu dikongsikan. Walau sampai sekarang sus@h nak lupa, tetapi saya terbuka untuk cerita. Perkara yang baik (memberi manfaat) tak perlu nak selindung. Kebenaran itu memang p@hit, tapi ia demi kebaikan.
"Saya juga banyak berkongsi tentang k£san dad@h terutama kehidupan dalam penj@ra. Selain itu, penting juga untuk tahu apa yang saya lalui dalam proses pemulihan.
"Sekarang ini, saya seperti jadi kaunter pertanyaan. Bukan sahaja tentang mas@lah dad@h, malah ada juga ahli keluarga b@nduan nak tahu waktu melawat di penj@ra," katanya.
Klik untuk gambar besar
Penyanyi ini akan bekerjasama dengan Ag£nsi Antidad@h Kebangsaan (AADK) menerusi program yang dianjurkan untuk memberi pendedahan berkaitan mas@lah dad@h.
Disamping itu, Ameng memberitahu, di sebalik tanggungjawab yang diberikan, dia juga tidak terlepas daripada tanggapan neg@tif sesetengah pihak yang melihat bekas b@nduan sepertinya bukan individu layak diangkat sebagai ikon.
Enggan ambil pusing pandangan sebegitu, bagi Ameng, penglibatan ini menjadi bukti dia telah pulih sepenuhnya dan tidak lagi terlibat dengan bahan terlar@ng.
"Pemilihan sebagai ikon ini bukan satu proses yang mudah. Pihak berkenaan sendiri perlu pastikan saya benar-benar bebas dari mas@lah dad@h. Secara tidak langsung lantikan sebagai ikon ini menunjukkan saya sudah bersih dan program pemulihan sebelum ini berjaya.
"Ada juga kata-kata neg@tif yang anggap saya tidak layak sebab bekas b@nduan. Bagi saya orang akan bercakap apabila kita sudah berjaya. Golongan pen@gih ini perlu diberi bantuan untuk pulih. Kita kena ubah stigma. Janganlah pandang serong sebaliknya kita bantu mereka," ujarnya.
Untuk makluman, Ameng pernah dij@tuhi hukvman penj@ra lapan tahun dan 10 seb@tan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 2011 atas tiga kesal@han termasuk dua k£s memiliki dad@h.
Ameng yang menjalani hukvman di Penj@ra Kluang, Johor, bagaimanapun dibebaskan selepas enam tahun kerana berkelakuan baik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment