"Saya di jemput hadir ke majlis graduasi pelajar kursus lakonan anjuran Cinta Events & Entertainment. Begitupun saya terkejut apabila tiba-tiba nama saya di sebut di atas pencalonan menerima anugerah oleh DPDDM.
"Syukur Alhamdulillah dan terima kasih buat semua pengurusan DPDDM, keluarga, peminat dan rakan artis yang memberi sokongan kuat sepanjang bergelar anak seni."
Demikian tutur penyanyi dan pelakon, Rozita Rohaizad yang meluahkan rasa gembira dan terharu apabila menerima Anugerah Seniwati Negara 2025 daripada Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM).
Dalam pada itu, anak kepada Allahyarham Seniwati Mariani Ismail dan H.M. Rohaizad ini menyifatkan anugerah yang pertama kali diberikan kepadanya itu sebagai menghargai karyawan seni yang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Menurut Rozita, pada majlis penganugerahan itu terdapat pelbagai kategori diberikan kepada karyawan seni dan ahli perniagaan yang berjaya dalam bidang masing-masing.
Katanya lagi, anugerah seperti itu menunjukkan organisasi berkenaan menghargai sumbangan golongan industri kreatif dan bidang berkaitan.
"Yang penting buat saya... ada organisasi yang prihatin mengenai perjuangan dan menghargai bakat saya. Selain peng0rbanan kecil saya buat untuk negara tercinta," ujar pelantun lagu 'Bila Ku Merindu' itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment