"Saya mengaku suara saya tak sedap. Tetapi, untuk yang kutvk itu, cuba mereka pula berselawat. Entah-entah mereka yang kutvk ini langsung tidak hafal atau tak lancar.
"Mereka mengata orang sahaja pandai. Sekurang-kurangnya, apabila saya muatnaik video itu akan mengajak orang lain untuk berselawat sekali.
"Saya hanya mahu mengajak orang untuk berselawat, tidak semestinya untuk berselawat perlu suara sedap, betul tak?"
Itulah ujar pelakon Zarina Zainuddin ketika mengulas mengenai perkongsiannya yang menjadi bualan ramai dan mengundang pelbagai reaksi apabila memuat naik video dia sedang mengalunkan selawat Tafrijiyyah di media sosial miliknya.
Zarina nampaknya tidak melatah apabila alunan selawatnya itu dipers£nda netizen kerana dikatakan tiada bakat sebagai penyanyi dan bersuara sumbang.
Klik untuk gambar besar
Jelas Zarina, suaranya tidak sedap namun tujuan dia berkongsikan video itu adalah untuk mengajak orang ramai berselawat, selain berkata, rakaman tersebut belum disunting sepenuhnya, malah dia mengakui kesil@pannya yang tidak sabar untuk berkongsi kepada peminat."Selawat itu pun belum membuat sebarang suntingan, jadi kedengaran p£lik. Sil@p saya nak kongsi terlalu awal sebelum suntingan sehingga jadi macam itu (dikec@m)," jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 54 tahun ini menerima segala teguran dan krit1kan netizen dengan hati terbuka kerana apa yang dilakukannya untuk ketenangan.
"Saya sudah keluarkan video selawat seorang. Jadi, itu yang nampak sumbang apabila seorang diri dan suara saya memang tak sedap.
"Biarlah orang mahu cakap apa sekalipun, saya bersyukur... Alhamdulillah. Untuk (netizen) yang tegur itu, saya terima sahaja. Saya buat hanya untuk diri sendiri supaya dapat rasa tenang," katanya.
Tambahnya lagi, rakaman tersebut dilakukan di Brunei bersama guru mengaji peribadinya yang juga artis di sana, serta video selawat tersebut mempunyai versi penuh menampilkan penyanyi dan guru mengajinya itu.
"Sebenarnya saya bukan berselawat seorang diri tapi bersama guru mengaji saya iaitu Siti Fatimah Al Zahra. Rakaman juga dilakukan di Brunei. Saya sempat rakamkan tiga jenis selawat saja.
"Berlatih pun tidak, terus rakam sambil baca tulisan jawi," luahnya yang juga memberitahu, diavtidak berhasrat untuk meluncurkan album kerana dirinya bukan seorang penyanyi.
Meskipun menerima reaksi neg@tif, Zarina bagaimanapun bersyukur kerana perkongsian tersebut sedikit sebanyak mampu mengajak orang ramai meraih pahala serta dia juga akan menyertai kelas vokal selepas ramai yang menasihatinya.
"Saya baca saja komen netizen tapi biarlah memang suara saya tak sedap pun. Betullah apabila mereka ketawakan saya. Tapi ada juga orang komen kata saya ajak berselawat walaupun suara saya sumbang dan masing-masing dapat pahala. Nanti ada masa saya masuk kelas vokal," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment