"Sejak beberapa hari lalu adalah orang-orang yang mengusik saya mengucapkan tahniah bakal terima menantu. Saya jadi terfikir juga kenapa mereka bergurau seperti itu?
"Tapi, sekarang saya tahulah sebabnya. Tapi, saya tak tengok lagi video itu dan tak mahu tengoklah sebab saya bimbang tidak dapat tahan kemar@han nanti.
"Saya tidak benarkan untuk dia (Mika) bercinta lagi. Dia baru 13 tahun dan masih terlalu muda. Tapi, kalau di sekolah nak berkawan, saya tidak boleh cakap apa. Ini proses yang kita semua juga pernah lalui dulu (ketika remaja).
"Cuma, antara dulu dan sekarang ini terlalu banyak bezanya. Malah, sebagai ibu bapa masa kini yang kita tahu pelbagai perkara berlaku di luar sana, memang t@kut dan risau juga. Insya-Allah, saya cubalah yang terbaik."
Demikian jelas pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, dimana dia mengakui terkejut apabila anak sulungnya iaitu Naira Mikayla atau Mika didakwa sudah mempunyai kekasih hati pada usia yang muda.
Sebelum ini, Mika didakwa hangat bercinta dan sudah mempunyai kekasih hati selepas tular video di media sosial memaparkan anak Nabil bersama seorang remaja lelaki dalam situasi sangat mesra, termasuk di ruangan komen mereka saling meluahkan perasaan, 'I love you'.
Ia sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan kebanyakannya terkejut kerana Mika juga baru berjinak-jinak dalam kerjaya seni sebagai pengacara.
Berhubung dakwaan itu, Nabil atau nama penuhnya, Ahmad Nabil Ahmad, 39, berkata, pada usia 13 tahun sudah tentu masih terlalu muda untuk Mika bercinta dan menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki walaupun sekadar cinta monyet.
Pun begitu, Nabil memberitahu, dia sedia maklum anak gadisnya itu berkawan dengan seseorang selepas diberitahu oleh isterinya, Nazirah Ayub atau Zira, namun tidak pasti sejauh mana hubungan tersebut.
Ujar bapa tiga orang anak ini lagi, Mika baru melangkah ke fasa kehidupan remaja yang disifatkannya sangat mencab@r untuk ibu bapa masa kini menanganinya sebaik mungkin, kerana dalam kehidupan remaja ini memang suka mencuba.
Berbicara lanjut mengenai perkara itu, kata Nabil, dia dan isterinya sentiasa memantau kegiatan anak mereka dan tidak membiarkan Mika bebas tanpa pengawasan mereka. Menurut Nabil, dia sentiasa memantau rakan-rakan anaknya, malah turut menetapkan syarat dalam penggunaan telefon bimbit kerana ingin mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini.
Klik untuk gambar besar
"Saya tahu siapa kawan-kawan Mika dan tak halang pun dia berkawan. Tapi, saya tidak tahu sejauh mana hubungan itu (dengan remaja lelaki terbabit). Cuma, mungkin isteri saya lebih tahu.
"Anak perempuan biasalah akan bercerita lebih dan meluahkan apa saja dengan ibu mereka berbanding bapa. Jadi, saya akan bincang dengan isteri mengenai perkara ini kerana ia perlu diatasi sebaiknya dan cara yang betul.
"Saya pun hanya beri kebenaran penggunaan telefon bimbit hanya Sabtu dan Ahad saja, Isnin hingga Jumaat akan dipegang oleh ibunya," tuturnya yang memilih untuk mendidik anak-anak dengan pendekatan yang pernah dibuat oleh arwah bapanya.
Dalam pada itu, ulas Nabil lagi, sebagai penjaga, dia mengakui perlu berhati-hati ketika menegur anak-anak agar tidak meny1nggung perasaan mereka sehingga boleh membawa kepada mas@lah lebih besar.
Disamping itu, tutur Nabil, dia juga berkemungkinan akan meminta isterinya menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu ini dengan lebih berhemah.
"Saya masih lagi mengekalkan konsep arwah bapa saya yang mana anak perempuan hanya dibenarkan keluar sendiri apabila sudah berkahwin.
"Mereka ini akan lalui proses sama seperti kita yang pernah lalui waktu zaman remaja. Cuma anak sekarang beza dengan dahulu. Jadi saya memilih cara lembut umpama menarik rambut dalam tepung," katanya
Nabil dalam masa yang sama turut berkongsi amalan rohani yang diamalkannya untuk melembutkan hati anak-anak, dimana kongsinya, dia mengikuti nasihat ustaz dengan membaca dan menghembuskan Surah Al-Insyirah dan Surah Al-Ikhlas ke arah anak-anak sebelum mereka tidur.
"Ustaz saya kata, anak-anak ini perlu didoakan selalu. Antara surah yang diajar adalah Surah Al-Insyirah dan Al-Ikhlas untuk dilembutkan hati mereka. Sebagai ibu bapa proses anak nak membesar itu kita kena lalui, itulah ujian ibu bapa," kongsinya.
Untuk makluman, Nabil bertemu jodoh dengan Zira yang juga bekas pramugari pada 30 September 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak perempuan iaitu Naira Mikayla, 13; Leyla Medyna, 10; dan Mishall Imani, 6.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment