"Permulaan yang baik, di hari Jumaat yang baik. Ditemukan dengan orang-orang baik dan dikelilingi dengan orang-orang yang baik.
"Dijauhi dengan orang yang hati busvk dan suka ani@ya orang, Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah. Saya sayang awak (Fizz Fairuz) dan mama sentiasa ada dengan sayang."
Itulah tulis pelakon Datin Almy nadia menerusi media sosial, dimana dia berkongsikan mengenai suaminya yang pelakon, Datuk Fizz Fairuz kini tidak lagi bersama Suria FM selepas hampir dua tahun mengendalikan segmen pagi bersama Ajak dan Kai.
Bagaimanapun, perkongsian Almy itu menc£tuskan tanda tanya seolah memberi bayangan keputusan tersebut bukan dibuat secara sukarela.
Selain itu, Almy dalam satu perkongsian lain pula berkata, dia percaya bahawa ada rezeki lain buat suaminya serta meluahkan rasa syukur sepanjang perjalanan Fizz di stesen radio berkenaan.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Fizz atau nama sebenarnya, Fairuz Zainal Abidin, 46, memaklumkan, k0ntraknya sebagai penyampai radio di Suria FM berakhir pada Jumaat.
Menurut Fizz, dia akan memberikan fokus kepada keluarga dan anak-anak selepas meninggalkan stesen berkenaan, selain kasihan melihat peng0rbanan isteri yang terpaksa menguruskan anak-anak bersendirian.
"Pada awalnya saya memang ikat k0ntrak setahun sahaja dengan Suria FM dan atas kepercayaan Kak Lin (panggilan DJ Lin) dia tambah lagi k0ntrak selama enam bulan.
"Saya rasa cukup rasanya untuk tempoh 1 tahun 6 bulan ini sebab anak saya masih kecil. Saya juga uruskan anak-anak, kasihan kepada isteri yang terlalu sibuk," jelasnya.
Dalam pada itu, Fizz turut berkongsi pengalaman sepanjang perkhidmatannya di Suria FM, dimana dia banyak menimba pengalaman baharu dan ia merupakan satu memori terindah yang akan sentiasa diingati.
Menurut bapa kepada lima cahaya mata perempuan itu lagi, selepas ini dia mahu kembali aktif meneruskan kerjaya seni sebagai pelakon.
"Hari ini (Jumaat) tanggal 18 Julai saya 'sign off' daripada menjadi penyampai Suria FM. Saya ambil pendekatan untuk sama-sama berkorban, Insya-Allah rezeki itu ada di mana-mana. Jadi saya mahu kembali dalam dunia seni untuk berlakon drama dan filem.
"1 tahun 6 bulan saya bersama Suria FM, pengalaman baru Alhamdulillah saya sudah pelbagaikan dar@h seni saya. Satu memori yang saya akan ingat sampai bila-bila.
"Insya-Allah kalau ada rezeki dalam bidang lain atau saya masih meneruskan kerjaya lakonan, saya terima sahaja lihat nanti macam mana," ujarnya.
Ditanya bagaimana reaksi rakan penyampai radio Ajak dan Kai selepas pengumuman menamatkan perkhidmatan dibuat, Fizz berkata, kedua-dua rakan kerjanya itu terkejut dengan keputusan dibuat, namun mereka terpaksa akur dan menerima segala kententuan yang sudah ditetapkan.
"Kalau nak diikutkan rakan kerja saya Ajak dan Kai memang terkejut, mereka juga tidak boleh terima kenyataan ini. Sebelum ini sudah berapa ramai menggantikan tempat yang saya 'duduk' ini.
"Macam Ajak, sudah tentu dia akan terasa setiap kali mahu membina keserasian dengan rakan kerja lain. Tapi kami semua terpaksa terima kerana perkara ini adalah melibatkan kerja, tak selamanya kita akan bersama," katanya.
Untuk makluman, Fizz mula berkhidmat sebagai penyampai di radio Suria FM sejak 21 Januari 2024.
Sebelum sah memulakan tugas, Fizz sebelum itu sudah beberapa kali tampil sebagai penyampai jemputan untuk segmen Morning Morning Suria.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment