"Saya tidak mengh@puskan momen lalu, tetapi memilih untuk melangkah ke hadapan dengan berhijab. Doakan saya kekal istiqamah dan semoga kita semua mendapat bimbingan Allah dalam setiap perjalanan yang kita lalui."
Itulah kata Nora Danish, dimana pelakon itu berkongsikan dia sedang berusaha memadam semua 24,000 gambarnya yang tidak berhijab di akaun media sosial miliknya.
Nora menerusi perkongsian di media sosial, menjelaskan, dia mahu memadam semua gambarnya yang tidak berhijab untuk memberi fokus kepada perubahan yang lebih baik.
Klik untuk gambar besar
"Hijrah saya bukan tentang 'sempurna' tetapi tentang menjadi lebih baik setiap hari. Doakan," tutur ibu kepada dua cahaya mata itu.
Terdahulu, Nora mengambil keputusan untuk menjual semua koleksi kasut tinggi berjenema miliknya selepas sedar akib@t menyimpan barang yang tidak digunakan.
Maklum Nora, dia terdetik untuk berbuat demikian selepas membaca catatan ketika menghadiri kelas agama mengenai pengisian surah Al-Humazah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment