28 August 2025

"ADA AHLI KAMI YANG SAMPAI DEPR£SSION, ADA YANG S4KIT" - AC MIZAL SEDIH, KEC£WA KONSERT 4U2C DIKEC4M



"Saya sedih apabila ramai yang mengec@m penganjuran konsert kami, saya sedih sebab komen neg@tif itu akan dibaca oleh keluarga dan anak-anak ahli 4U2C. Ada ahli kami yang sampai depr£ssion, ada yang s@kit.
"Sejak awal sidang media pengumuman konsert, kami dah maklumkan, pengajuran konsert ini tujuannya untuk berhibur. Kami juga mahu generasi sekarang lihat yang kumpulan ini pernah wujud di Malaysia."

Demikian ujar pelakon yang juga anggota kumpulan 4U2C iaitu Datuk AC Mizal, 54, dimana dia meluahkan rasa kec£wa apabila ada yang mengec@m mereka mahu mengadakan konsert 'WE 4U2C Live In Concert'.

Susulan komen neg@tif tersebut, AC atau nama sebenarnya, Datuk Mizal Zaini, berkata, ia sedikit sebanyak meng@nggu ment@l ahli kumpulannya sehingga ada yang mengalami tek@nan perasaan.

Dalam pada itu, AC turut meluahkan rasa hairan mengapa kumpulannya dikec@m t£ruk oleh netizen, sedangkan mereka tidak pernah meminta semua orang menyukai kumpulan itu, cuma sekadar mahu mencipta kenangan manis bersama peminat.

"Apabila dilemp@rkan komen tidak sepatutnya, ada anak-anak kami bertanya. Saya rasa cukup lah. Kami tidak minta pun orang di luar sana untuk suka kami, tetapi cukup menghargai dan nikmati satu pengalaman yang akan dicipta.

"Kepada yang tidak suka tidak mengapa, tetapi jangan sampai kec@m melamp@u. Jujur tanya saya, saya sendiri tidak tahu kenapa kami dikec@m.

"Bukan lama pun, hanya 2 jam 30 minit sahaja. Selepas itu habislah dan tiada lagi konsert berskala besar 4U2C.

"Rata-rata umur ahli kami pun dah 50 tahun ke atas hanya minta kalian raikan satu lagi sejarah dalam hidup kami. Kami akan berusaha untuk berikan persembahan yang terbaik," ujarnya.

Difahamkan, konsert 'WE 4U2C Live In Concert' bakal berlangsung pada 15 September ini bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: