Takziah diucapkan kepada ahli keluarga bekas wartawan hiburan Kumpulan Utusan, Mohd Rosli Manah atau lebih dikenali sebagai Che Li, 57, atas pemergiannya yang meninggal dunia pada pukul 12.59 tengah hari Selasa akib@t mengalami jangk1tan kum@n pada 0tak.
Berita sedih itu dikongsikan oleh anak sulungnya, Muhammad Dean Ilham Mohd Rosli, 29, dimana dia memberitahu, sejak dua bulan lalu, bapanya itu sudah menerima rawatan di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang.
Katanya lagi, arwah bapanya sebelum ini hanya bergantung dengan alat bantuan pernafasan kerana mengalami beberapa k0mplikasi selepas mend£rita peny@kit diab£tes sejak tajuh tahun lalu.
"Ayah saya meninggal dunia pada 12.59 tengah hari tadi. Dia sudah dirawat di hospital selama dua bulan lebih. Sebelum dia dimasukkan ke hospital, ayah tidak berapa sihat dan kemudian tidak sedarkan diri.
"Seminggu selepas itu, ayah mengalami beberapa k0mplikasi daripada mas@lah k£ncing manis sehingga jangk1tan mer£bak ke 0tak.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Rosli diuji dengan cab@ran hidup apabila disahkan mengalami jangk1tan kum@n pada 0tak, malah dia juga mend£rita peny@kit diab£tes sejak tujuh tahun lalu.
Untuk makluman, selain menjadi wartawan mahkamah dan hiburan akhbar Utusan Malaysia, Rosli juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Editor URTV dan Editor Mangga di Utusan Karya Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah meluangkan masa menziarahi Rosli dua tahun lalu, sambil mengenang jasa dia yang banyak menyokong kerjaya anaknya, Dafi ketika penyanyi itu menyertai Akademi Fantasia ke 5 (AF5) pada 2007.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment