12 August 2025

TUNGG4KAN SEWA RUMAH SELESAI HASIL SUMBANGAN ORANG RAMAI - ANAK DHARMA HARUN LUAH RASA SYUKUR, HARAP KEHIDUPAN DIPERMUDAHKAN



"Pada awalnya tuan rumah nak naikkan kadar sewa daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan. Jadi dia risau jika kami tak mampu nak bayar menyebabkan dia minta kami mencari rumah lain.

"Tapi Alhamdulillah hasil sumbangan yang diterima dapat saya jelaskan tunggakan sewa rumah dan bayar awal untuk beberapa bulan. Tuan rumah terima, tapi berpesan supaya jangan putus bayar lagi kerana jika berulang dia akan ambil tindakan.

"Saya bersyukur tuan rumah sangat memahami dengan nasib yang kami lalui. Pemilik rumah ini sangat baik hati, malah dia juga baru tahu ayah saya tidak sihat."

Demikian ujar anak bongsu kepada pelakon veteran, Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 36, dimana dia meluahkan rasa syukur apabila keluarganya dapat terus menetap di rumah sewa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur hasil sumbangan orang ramai.

Klik untuk gambar besar

Kata Syafiq, bantuan yang diterima itu susulan kisah kes£mpitan hidup dan mas@lah kesihatan yang dilalui Dharma, digunakan untuk membayar tungg@kan sewa serta membuat bayaran awal bagi beberapa bulan akan datang.

Berharap kehidupannya dipermudahkan selepas ini, Syafiq yang masih belajar dan bekerja sambilan memaklumkan, dia akan memastikan sewa bulanan rumah dibayar seperti yang dipersetujui dengan tuan rumah.

"Saya masih bekerja sambilan dan ada menerima tawaran berlakon. Ayah pun baru-baru ini dapat tawaran berlakon dengan pr0duksi milik Datuk A. Aida.

"Selain itu, ayah akan menjual program Deko Ibadah terbitannya kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) hasil bantuan Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki.
"Jika semuanya okey Insya-Allah ayah ada duit sedikit. Jadi tak perlulah dia nak bekerja. Sekarang ini pun saya temankan dia pergi menjalani penggambaran bagi memastikan kesihatannya terjaga," tuturnya.

Terdahulu, Syafiq pernah memohon jasa baik tuan rumah memberi masa untuk menjelaskan tungg@kan sewa RM3,900.

Namun, perbualan mesej yang dikongsikannya menunjukkan pemilik rumah mahu mereka mengosongkan kediaman pada 31 Julai lalu dan menolak tungg@kan daripada wang dep0sit berjumlah RM2,600.

Kisah Dharma yang dilaporkan kurang sihat itu mendapat perhatian ramai pihak termasuk rakan selebriti yang hadir ke rumahnya antaranya, DJ Dave, Elly Mazlein dan Datuk A Aida dan ramai lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: