12 August 2025

FATTAH AMIN DIPUJI TENANG TANG4NI ISU ANAK & NENDA (NENEK) - FATIMA CERIA BUAT PANGGILAN VIDEO, BINCANG TENTANG PERCUTIAN BERSAMA KE DISNEYLAND



"Dah jangan g@duh-g@duh ya... Fatima okay sahaja ni dengan nenda (nenek). Semua tengah bincang nak pergi Disneyland."

Itulah kata pelakon Fattah Amin, dimana dia tampil menenangkan keadaan selepas tular rakaman siaran langsung memaparkan anaknya, Nur Fatima Aisya, mengadu kepada ibunya yang juga pelakon, Nur Fazura.

Dalam rakaman itu, Fatima mengadu konon neneknya, Azizah Abd Ghani berkata, dia tidak comel dan tidak pandai.

Berhubung itu, Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 35, bersikap tenang dan bersahaja memberi respons terhadap isu tersebut.

Klik untuk gambar besar

Jelas Fattah, hubungan mereka sekeluarga berada dalam keadaan baik, malah mereka turut kelihatan ceria berbincang mengenai perancangan percutian bersama ke Tokyo Disneyland.

Perkara itu dikongsikan oleh Fattah menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial miliknya, dimana ia memaparkan Fatima sedang menghubungi neneknya yang sedang berbincang mengenai percutian mereka ke Disneyland.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji sikap tenang Fattah dalam menguruskan situasi tersebut.
"Inilah seketul Fattah Amin. Tenang setenangnya. Tak perlu besarkan benda r£meh. Well done!"

"Comelnya Fatima... Alhamdulillah, moga terus baik-baik dalam coparenting. Percaya pada Allah, doa dan kata-kata yang baik akan hasilkan yang baik juga," antara komen-komen yang ditulis netizen.

Bagaimanapun, ada juga yang menyifatkan isu itu sengaja diperbesarkan oleh segelintir netizen yang bersikap t0ksik.
Terdahulu, rakaman live yang tular memaparkan Fatima meluahkan rasa kurang senang kepada ibunya, apabila mendakwa neneknya menyebut perkara yang tidak manis mengenainya.

Namun, Fazura dengan tenang menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan perkara itu adalah mustahil untuk ibu mentuanya itu bersikap demikian terhadap cucu sendiri.

Adik kepada Fattah iaitu Raihan Amin, turut tampil mempertah@nkan ibunya dan menolak dakwaan neg@tif yang dil£mparkan di media sosial.

Untuk makluman, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: