08 August 2025

ANAK ARWAH HANI MOHSIN & TIARA JACQUELINA SELAMAT BERNIKAH



Dalam satu majlis pernikahan yang diadakan semalam secara tertutup itu menyaksikan anak sulung kepada pelakon Puan Sri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin iaitu Hani Karmila telah pun sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Abang Saef Hud.
Detik indah Hani Karmila atau lebih mesra disapa Mila, 28, itu dikongsi jurusolek tersohor, Khir Khalid, serta majalah fesyen tempatan, menerusi hantaran di media sosial, turut memaparkan wajah ayu Mila yang dirias anggun serta menyarung persalinan renda rekaan Afiq M Official.

"Puteri kesayangan Puan Sri Tiara Jacquelina melangsungkan majlis pernikahan yang cukup indah dan bermakna. Mila mewarisi bakat lakonan dari ibu dan ayahnya, Allahyarham Hani Mohsin dan Jun lalu muncul dengan filem 'Lakn@t'," tulis Khir dalam satu perkongsian itu.

Nama Mila bukan asing dalam dunia seni, malah mewarisi bakat lakonan kedua-dua ibu bapanya apabila mula melangkah ke layar perak menerusi filem 'Lakn@t' yang ditayangkan Jun lalu.

Selain aktif sebagai pelakon, Mila juga mencipta ruang sendiri sebagai atlet dan pelatih seni mempertah@nkan diri Jiu Jitsu, selain pernah menjadi jurusolek profesional dan tenaga pengajar kanak-kanak di akademi.

Mila dan ibunya turut berkongsi beberapa momen indah majlis itu menerusi media sosial, dimana ia memaparkan suasana mesra dan penuh kasih antara keluarga serta kenalan terdekat

Majlis pernikahan pasangan merpati dua sejoli itu turut diserikan kehadiran rakan-rakan rapat termasuk penyanyi era 1980-an, Juliza Adlizan, serta pengarah dan koreografer terkenal, Pat Ibrahim.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: