Selepas dibebaskan dari tah@nan Penj@ra Pusat Wilayah Narathiwat, Thailand pada malam Khamis, penyanyi lagu 'Bae Sobar Bae' iaitu Eda Ezrin telah memberi keterangan di Balai Polis Rantau Panjang, Kelantan.
Sebelum itu, Eda atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan tiba di Kompleks Imigr£sen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, terus dibawa ke balai polis bagi memberi keterangan.
Laporan media menyebut penyanyi itu berada di balai polis dalam tempoh lebih tiga jam sebelum ia selesai dan dilihat keluar sekitar pukul 11.35 malam.
Eda yang bersama seorang lagi rakannya kemudian dibawa pulang oleh keluarga masing-masing, bagaiamanpun enggan memberi sebarang maklum bal@s atau bertemu media yang menunggu di luar balai berkenaan.
Pada Rabu, Eda bersama suami dan empat lagi rakannya dibebaskan selepas sembilan bulan menjalani tah@nan di penj@ra Thailand.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, suami Eda yang turut ditah@n itu masih lagi perlu melengkapkan urusan dokumentasi sebelum dibawa keluar dari kompleks imigr£sen.
Untuk makluman, pada 2 November tahun lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam indvidu ditah@n oleh pihak polis Thailand.
Mereka ditah@n bersama 6,000 biji pil kuda dalam s£rbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.
Keenam-enam susp£k kemudiannya mendapat perintah r£man di Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 4 November tahun sama.
Pada 6 Mac lalu, Eda dan Mohd Affendi dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan berkenaan.
Pun begitu, selepas bebas daripada tuduhan memiliki pil yab@ itu, Eda, suami dan empat rakannya masih perlu menjalani hukvman penj@ra sekurang-kurangnya satu hingga empat bulan lagi.
Hal demikian kerana pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan dibuat oleh mahkamah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment