03 August 2025

ANAK KONGSI KEADAAN ALI XPDC, GEMBIRA BILA DOKTOR MAKLUMKAN BOLEH KELUAR HOSPITAL



Anak kepada penyanyi Ali XPDC, 57, iaitu Wan Aliuddin Aqiel, 29, memaklumkan, keadaan bapanya sekarang semakin stabil selepas mendapatkan rawatan di Zon Kuning, Wad Pemerhatian di Hospital Shah Alam.
"Ayah gembira apabila doktor maklumkan dia boleh keluar hospital sama ada hari ini atau esok. Ayah dikejarkan ke hospital akib@t kesuk@ran bernafas pada Rabu lalu dan mendapat pemantauan rapi di situ.

"Petang semalam barulah dia dipindahkan ke wad biasa. Ayah suk@r bernafas kerana terdapat air dalam paru-parunya. Bila ada air dalam paru-paru, jadi jantung akan pam lambat. Itu yang buat jantung ayah lemah.

"Doktor bagi ubat paru-paru untuk keluarkan air dari paru-paru. Saya bersyukur sepanjang di sini, ayah tak putus-putus diziarahi oleh kawan-kawan, keluarga dan adik-beradik," tuturnya.

Terdahulu, pada 27 Mac, Ali pernah dikejarkan ke Hospital Cyberjaya akib@t mas@lah sama.

Pada masa yang sama, isteri Ali, Sharifah Azuwanna Syed Joned, 53, menghidap kans£r payud@ra dan dimasukkan ke Hospital Putrajaya.

Paling memilukan, Ali kehilangan isterinya itu apabila Sharifah Azuwanna akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.08 petang, 6 April lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: