03 August 2025

"IA SUDAH BERLALU & SELESAI... TAK PERLU KITA PANJANGKAN ATAU JADIKAN IA ISU SENS4SI..." - SHEILA MAJID ULAS ISU R0YALTI LAGU 'SINARAN'



"Sebenarnya tiada apa yang saya nak komen kerana ia sudah berlalu dan selesai. Tak perlu kita panjangkan atau jadikan ia isu sens@si."
Itulah kata penyanyi Datuk Sheila Majid, 60, dimana dia memilih untuk tidak mencampuri urusan tuntutan r0yalti yang dikemukakan oleh penyanyi Datuk Nora Ariffin melibatkan karya ciptaan arwah suaminya.

Ujar Sheila, perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana ia sudahpun diselesaikan dengan baik.

Selain itu, penyanyi ini berkata, dia juga menyedari perkara terbabit tidak ada kaitan langsung dengannya semasa isu tersebut hangat diperkatakan dan justeru itu baginya, tiada keperluan untuk dia bersuara tentang hal berkenaan.

"Malah, ketika soalan itu diajukan pun, ia bukan ditujukan kepada saya tetapi kepada penerbitan. Tiada kena-mengena dengan saya pun, jadi tak perlulah saya pula yang tiba-tiba nak rasa trigg£re. Saya diberitahu sal@h faham antara mereka juga sudah selesai," jelasnya lagi.

Sebelum ini, Nora mendedahkan terdapat lebih enam syarikat penerbitan yang masih gag@l menjelaskan bayaran r0yalti terhadap lagu ciptaan Allahyarham Johan Nawawi berjudul 'Sinaran'.

Syarikat berkenaan adalah Warner Chappell Music, Music Works, NSR Publishing, EMI Publishing, Sony Music Publishing dan Good Sound Publishing.

Dia juga memaklumkan isu tuntutan r0yalti lagu ciptaan Johan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Sheila Majid serta persiapan konsert penyanyi itu.

Lagu 'Sinaran' merupakan ciptaan bersama Johan dan Azlan Abu Hassan yang dinyanyikan oleh Sheila.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: