17 August 2025

BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN SELEPAS KEHILANGAN ANAK SULUNG - NOH HUJAN LOMPAT KEGIRANGAN



"Hari ini (Tahun lalu), 22 September, genap tujuh bulan kami kehilangan anak dalam kandungan. Kalian tak tahu kan? Dalam kesuk@ran berjuang untuk Musa, kami juga berg£lut memastikan anak di dalam kandungan sihat, namun Tuhan jemput dia awal."

Itulah kata Noh Salleh pada September tahun lalu, dimana vokalis kumpulan Hujan itu berkongsi berita sedih apabila dia dan isterinya, Fatin Athira Mustapa yang berkahwin pada September 2023, berdepan detik duk@ kehilangan anak sulung diberi nama Julian.

Namun disebalik kehilangan anak sulung, Noh telah berkongsi berita gembira menerusi perkongsian semula daripada hantaran rakan-rakannya di media sosial, memaparkan momen majlis pendedahan jantina bayi yang dipercayai berlangsung semalam.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada video yang dikongsikan, Noh kelihatan melompat kegirangan sebaik sahaja kertas dan asap berwarna merah jambu dilepaskan ke ruang acara, manakala Fatin Athira pula yang anggun bergaun putih tersenyum manis di sisi suaminya.

Untuk makluman, Noh pernah berkahwin dengan penyanyi Mizz Nina pada 2011 sebelum berpisah pada Ogos 2022 dan asil perkahwinan itu, mereka memiliki seorang anak angkat diberi nama Musa.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: