Pelakon Datuk Fauziah Nawi, 72, meluahkan rasa syukur apabila menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jurusan Seni Lakon Teater semalam di bawah pr0gram Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Dalam bidang diminati, Fauziah turut bersyukur komitmen tanpa hentinya menuntut ilmu meningkatkan lagi kelayakan akademiknya yang diakui penanda aras penting terhadap kredibilitinya.
"Bagi saya, menuntut ilmu sangat penting tambahan pula zaman sekarang lebih memerlukan sijil dan kelayakan akademik berbanding pengalaman berpuluh-puluh tahun.
"Selain itu, saya mahu jadi sumber inspirasi buat cucu dan Alhamdulillah mereka okay, ada juga yang masih belajar. Saya rasa tak perlu pun (sambung belajar), tapi ini demi nak tunjukkan bahawa belum terlambat untuk sambung pengajian tak kiralah usia berapa pun.
"Saya dah rugi banyak masa dahulu, arwah bapa suruh belajar tapi saya tak mahu, sekarang baharulah ada kesedaran dalam diri sendiri," katanya dalam sebuah kenyataan.
Seniwati berkenaan menghadiri Majlis Apresiasi PSH 2025 dan Penutup Pr0gram Mobiliti Pertukaran Pelajar Guangxi Arts University China, bertempat di Panggung Eksperimen ASWARA, di sini.
Selain menggenggam Ijazah Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Lakonan) dari Open University Malaysia (OUM) pada 2018, Fauziah juga memiliki diploma bidang Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy, 2020 lalu.
SKM diterimanya difahamkan hanya berdasarkan penilaian menerusi peperiksaan fizikal semata-mata, bukannya perlu melengkapkan pengajian minimum tiga tahun seperti pelajar lain.
Dalam pada itu, Fauziah sempat berkongsi perkembangan dirinya yang baik-baik saja, namun cuma berdepan mas@lah apabila memerlukan dia berdiri lama, bagaimanapun seniwati itu bersyukur kerana belum pernah diuji dengan peny@kit kr0nik sepertimana dialami kebiasaan golongan seusianya.
"Saya tidak makan sembarangan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu, saya selalu bersenam, berpuasa dan ikut nasihat doktor untuk turunkan berat badan bagi memudahkan pergerakan serta tidak menambahkan s@kit lutut.
"Daripada berat badan saya melebihi 90 kilogram (kg) selepas beberapa tahun, kini mencapai 58kg. Alhamdulillah, saya memang bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT beri pada saya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment