17 August 2025

DEMI MASA DEPAN INDUSTRI FILEM MALAYSIA - BRONT PALARAE NAFI TIADA TAWARAN TAPI MAHU PILIH NASKHAH BERKUALITI, BUKAN YANG KLISE : "ORANG LUAR MENONTON MEREKA AKAN MEMUJI INDUSTRI KITA"



Semakin jarang dilihat membintangi drama mahupun filem di Malaysia, pelakon Bront Palarae atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimi Saidudd, 46, menjelaskan, dia berhati-hati dalam memilih naskhah.

Kata Bront, dia lebih selektif kerana mahu terlibat dalam karya yang mampu mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa, memandangkan dirinya sudah memiliki peminat di Thailand dan Indonesia.

"Sekarang ini, bila nak terima sesuatu naskhah, saya perlu fikir banyak perkara. Saya ada peminat di luar negara yang pasti akan menonton filem tempatan kita.

"Mereka juga akan menilai standard filem kita. Sebenarnya banyak filem kita yang berkualiti dan menarik," ujar Bront yang turut men£gaskan, dia enggan terlibat dalam projek yang klise kerana ingin memastikan persembahan lakonannya berada dalam karya terbaik yang boleh dibanggakan.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Bront berkata, dia pernah menerima pujian daripada peminat luar negara mengenai filem Malaysia walaupun tidak terbabit dalam naskhah tersebut.

"Saya tak nak bawa cerita yang tak 'best'. Saya mahu berada dalam projek yang bagus supaya apabila orang luar menonton mereka akan memuji industri kita.

"Saya pernah bertemu peminat di luar negara yang memuji filem Malaysia. Saya mahu reputasi industri filem Malaysia terus 'wangi' di mata dunia. Mungkin kebimb@ngan itu juga sedikit sebanyak menjadikan pemilihan naskhah saya lebih rum1t," tuturnya.
Akui Bront lagi, walaupun sentiasa menerima tawaran lakonan daripada penerbit tempatan, tidak semua naskhah menepati cita rasanya namun dia tidak menafikan kadang-kala tersal@h menilai sesuatu karya.

"Saya masih menerima tawaran lakonan hampir setiap bulan, cuma tidak semua sesuai dengan selera saya. Tanpa sedar, dah tiga tahun saya tidak berlakon dalam pr0duksi tempatan.

"Saya memang mahu berlakon, tetapi ada kalanya tersil@p buat pilihan apabila ingatkan jalan cerita itu tak menarik, tapi sebenarnya hasilnya bagus," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: