17 August 2025

"MASIH LAGI BOLEH BERLAKON WALAUPUN TERPAKSA DUDUK DI KERUSI RODA" - SATHIYA GEMBIRA SUDAH DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL, KINI BEREHAT DI RUMAH SELEPAS TIGA JARI KAKI DIP0TONG



"Saya sudah seminggu keluar dari hospital dan keadaan kesihatan juga baik kerana hanya tiga jari kaki sahaja yang dip0tong. Selera makan juga baik dan saya juga sudah makan banyak seperti biasa."
Demikian jelas pelawak veteran, Sathiya, 61, yang berasa gembira apabila sudah dibenarkan keluar dari wad dan kini berehat bersama keluarga di rumah selepas menerima rawatan di Hospital Ampang.

Dalam pada itu, Sathiya atau nama sebenarnya Sathia Periasamy turut berkongsi, dia akan menjalani pemeriksaan semula di hospital pada Rabu depan selepas tiga jari kakinya dip0tong.

"Saya akan ke hospital semula minggu depan kerana doktor mahu periksa sama ada dua dari tiga jari kaki yang dip0tong itu ada jangk1tan atau tidak.

"Saya juga boleh berjalan tetapi secara perlahan dan masih lagi boleh berlakon walaupun terpaksa duduk di kerusi roda.

"Pada masa sama, saya juga sudah selesai penggambaran dua drama termasuk bahasa Tamil sebelum dirawat di hospital sebelum ini," tuturnya.

Terdahulu, Sathiya pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan angin ahmar yang membuatkan pergerakannya agak terbatas pada tahun lalu.

Sementara itu, menurut anaknya iaitu Amani, 36, bapanya itu turut disahkan menghidap diab£tes, selepas dis£rang angin ahmar pada Ogos tahun lalu.

Difahamkan, pelakon sitkom 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' pada era 1990-an ini sudah beberapa tahun menghidap diab£tes dan dar@h tinggi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: