14 August 2025

B£BAN AMIR RAJA LAWAK - ZIZAN BANTU KURANGKAN : "ADA BAHAGIAN YANG PERLU KITA KONGSI... CUMA SAYA KHUATIR ADA PIHAK LIHAT IA SEBAGAI RI4K"



Pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak tampil menghulurkan bantuan buat rakan pelawak, Amir Raja Lawak yang memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan dan keperluan harian bapanya yang kini uzur selepas menghidap kans£r.
"Allah beri rezeki bukan 100 peratus untuk kita. Ada bahagian yang perlu kita kongsi. Bukan mahu tunjuk bagus tapi demi kebaikan bersama," kata pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak ini.

Sebelum ini, Amir turut merayu pihak stesen televisyen yang berhut@ng dengannya sebanyak RM18,000 supaya melunaskan bayaran itu untuk digunakan bagi rawatan bapanya itu.

Dalam pada itu, Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 36, menerusi hantaran di media sosial turut berkongsi Zizan menghubunginya untuk memberi bantuan.

Berhubung itu, Zizan berkata, dia sendiri menghubungi rakan seperjuangannya dalam pr0gram Raja Lawak itu bagi menawarkan bantuan selepas mengetahui situasi terkini Amir.

Ujarnya, walaupun hubungan mereka tidaklah terlalu rapat, persahabatan yang terjalin sejak sama-sama muncul dalam pr0gram berkenaan membuatkannya terpanggil untuk mengambil tahu.

"Sebenarnya dia tak cari saya pun. Saya yang menghantar mesej bertanya bagaimana keadaan dia, macam mana anda lihat saya tulis itulah dia. Walaupun kami tidak rapat sangat tapi dia tetap ada dalam fikiran kerana kami lahir dari pr0gram yang sama iaitu Raja Lawak.

"Untuk membantu bukan hanya rakan artis saja, orang luar yang kita tidak kenal pun boleh kita bantu," jelasnya yang turut memberitahu, niatnya untuk membantu bukan sekadar berbentuk wang ringgit kerana bantuan juga boleh diberikan menerusi tenaga, masa dan suara.

"Saya t@kut sebenarnya kalau boleh selepas saya derma saya mahu diam-diam saja. Tapi kalau saya buat diam-diam mungkin orang tidak nampak kerja saya.

"Saya bukan mahu orang nampak saya baik, tapi mahu memberi inspirasi daripada apa yang saya buat ini. Nak bantu orang bukan soal duit saja, kita ada tangan, tenaga dan suara. Semua itu boleh membantu orang sekeliling kita.

"Cuma saya khuatir ada pihak melihat ia sebagai ri@k, sebab itu bila saya buat saya tidak komen atau 'like', saya diam saja. Kalau mereka yang menerima pertolongan mahu hebahkan, itu hak mereka. Saya hanya buat yang terbaik," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: