14 August 2025

IBU : "HAPPY BIRTHDAY ANAK (YANG KE-25)" - ANNA JOBLING : "TERIMA KASIH JUGA BUAT MAMA KERANA TELAH MELAHIRKAN & MEMBESARKAN ADIK"



Ibu kepada pelakon Anna Jobling iaitu Ariz Arop tetap menitipkan ucapan selamat hari lahir buat anak kesayangannya itu, meskipun berlaku kem£lut antara mereka anak-beranak.

Hari ini (14 Ogos), Anna atau nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling, telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25.

Ariz menerusi perkongsian di media sosial, turut memuat naik gambar dia sedang memangku Anna ketika masih kecil.

Selain itu, menerusi satu hantaran berbeza, ibu Anna juga berkongsi luahan apabila ramai yang terus bercakap tentang isu keluarganya.

Baginya biarpun ramai yang membuat andaian, namun tiada siapa yang boleh memahami apa yang dilalui.

"Yang tahu sahaja tahu apa yang terbungkam di hati ini. Biarlah dunia luar sana menghakimi.

Klik untuk gambar besar

"Allah sahaja yang mengetahui," luahnya yang menerima pelbagai respons termasuk pandangan tidak bersetuju dengan tindakan mendedahkan mas@lah keluarga kepada umum.

Namun begitu, ada juga yang memberi nasihat dan berharap agar hubungan Anna dan ibunya itu akan kembali jernih dan mendoakan agar kem£lut mereka akan dapat diselesaikan secara baik.

Sementara itu, di sebalik pelbagai ujian yang dilalui, Anna turut menitipkan penghargaan serta mendoakan agar ibunya itu sentiasa diberkati dan dilindungi Allah.

"Terima kasih banyak untuk semua ucapan pada hari jadi yang indah. Anna baca semuanya dan setiap mesej amat bermakna. Terima kasih juga buat mama kerana telah melahirkan dan membesarkan adik.

"Adik doakan semoga mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah," katanya yang juga meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi insan yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.
"Anna berasa sangat bersyukur kerana dikelilingi insan yang hebat. Doakan yang terbaik untuk Anna melangkah ke fasa baharu ini," ujarnya.

Sebelum ini, Ariz mendedahkan pernah menerima perintah injunksi pada Disember tahun lalu daripada Anna yang hanya membenarkan dia berjumpa anaknya itu dalam jarak 100 meter.

Menurutnya lagi, perintah injunksi itu didakwa kononnya diterima kerana kelakusan kas@r dilakukan terhadap Anna.

Bagaimanapun, katanya, selepas perbincangan antara wakil peguam kedua-dua pihak, perintah itu dibatalkan namun dia masih perlu mematuhi beberapa syarat tertentu.

Pada Ahad lalu, ibu Anna turut memuat naik foto berada di balai polis, sekali gus mengundang pelbagai sp£kulasi dalam kalangan netizen.

Ketika dihubungi media, Ariz mengakui hubungan dia dan Anna kini berada dalam keadaan t£gang, selain k£sal apabila anak kandungnya sendiri sanggup mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: