"Apabila tercalon saya rasa cukup gembira. Ini bukti industri kreatif melihat hasil usaha saya sendiri. Dalam pencalonan AIM sebelum ini saya hanya menyumbangkan suara, tetapi kali ini ia adalah melodi jiwa sendiri.
"Berbaloi gad@ikan duit IVF. Selain menggunakan dana saya l@burkan duit sendiri untuk buat album ini. Bukan selalu dapat buat album, jadi saya letakkan semua duit untuk tujuan itu."
Demikian kata penyanyi Hazama, 41, yang meluahkan rasa syukur apabila menerima lima pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) menerusi album Pujangga.
Menganggap ia adalah satu usaha terbaik, Hazama berkata, ketika menghasilkan album itu, dia dan isterinya yang juga pengarah ,Genervie Kam sama-sama setuju untuk menggunakan wang simpanan yang sepatutnya diperuntukkan bagi tujuan rawatan pers£nyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata.
Klik untuk gambar besar
Apa yang lebih membanggakan, tiga lagu Hazama daripada album berkenaan dicalonkan dalam kategori Lagu Rock Terbaik, selain turut bersaing dalam kategori Vokal Lelaki Terbaik bersama Akim Ahmad, Amir Masdi, Hafiz Suip dan Ryenald Guntabid.
Selain itu, lagu nyanyiannya bersama Noraniza Idris berjudul 'Penawar Kata' tercalon dalam kategori Lagu Tradisional Terbaik.
Secara keseluruhan nama Hazama mendapat enam pencalonan termasuk Rakaman Album Terbaik.
Dalam pada itu, jelas Hazama lagi, pengiktirafan sebagai top 5 AIM24 juga memberi keyakinan untuk terus berkarya termasuk menghasilkan lagu-lagu baharu buat penyanyi lain.
"Bukan sahaja bersemangat malah saya lebih yakin untuk terbitkan lagu. Mungkin ada yang berminat minta lagu selepas ini, saya akan teruskan.
"Kalau boleh saya mahu kongsi lebih banyak karya dengan orang lain. Harap penyanyi lain juga akan yakin untuk bekerjasama dengan saya," luahnya.
AIM24 bakal berlangsung pada 13 September ini di Arena of Stars Genting Highlands, Pahang dan bersiaran secara langsung di saluran RTM.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment