15 August 2025

MAHU ANAK FOKUS BELAJAR - AMENG SPRING TAK KISAH AMMAR KALAU TERSINGKIR AWAL DALAM 'TALK TO MY MANAGER'



"Kalau dia tersingkir awal, sekurang-kurangnya dia boleh fokus kepada pelajaran. Saya pun tak perlu lagi jumpa pengetua untuk minta surat pelepasan.

"Sebenarnya banyak komitmen diperlukan untuk sertai pr0gram ini. Tapi insya-Allah dengan bakat dan suaranya saya percaya dia mampu bertahan beberapa minggu."

Itulah ujar penyanyi Ameng, 56, dimana dia tiada ada mas@lah sekiranya anaknya, Ammar Haikal menjadi peserta pertama tersingkir pada pr0gram realiti, 'Talk To My Manager' yang akan bermula pada 24 Ogos ini.

Ini kerana jelas Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, dia lebih mementingkan pelajaran anaknya itu berbanding mengejar populariti dalam dunia hiburan pada usia yang muda.

Klik untuk gambar besar

Tambahnya lagi, dia lebih selesa sekiranya Ammar menamatkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum s£rius dalam bidang seni.

Difahamkan, Ammar dijadualkan menyambung pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bermula Ogos ini.

"Kalau boleh saya tak mahu dia terlalu terlibat dalam muzik buat masa sekarang sebab belum tiba masanya. Lebih baik dia habiskan belajar dulu, baru fikir soal kerjaya nyanyian.

"Walaupun berat hati, saya setuju dia sertai pr0gram ini sebagai tanda sokongan kepada pr0duksi kerana saya percaya pr0gram seperti ini wajar diberi dorongan untuk terus maju," tuturnya.
Dalam pada itu, Ameng berkata, pendidikan tetap menjadi keutamaan meskipun dia bersetuju jika anak-anak mengikut jejak langkahnya sebagai anak seni.

"Saya beri kebebasan kepada anak-anak untuk pilih hala tuju sendiri asalkan tak melamp@ui bat@s. Bagi saya, penting untuk tidak mencampuradukkan pelajaran dengan kerjaya seni. Bimbang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran," katanya.

Dalam perkembangan lain, 'Talk To My Manager' menggabungkan selebriti ternama bersama anak mereka dalam suasana pertandingan yang menguji kemahiran, kreativiti dan daya ketah@nan.

Selain Ameng dan anaknya, program ini turut disertai termasuk Siti Saerah & Amad Aziz M. Osman & Ara Aziz, Sharifah Shahirah & Auddra, Shuib & Thalita, Sharifah Zarina & Athalia, Ina Naim & Hadie dan Liza Hanim & Marsya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: