24 August 2025

BILA BEEGO KENA 'SOUNG' DENGAN ANAK SULUNG, MUAT NAIK VIDEO LAMA KETIKA TIDAK BERTUDUNG : "KENAPA DADDY 'EXPOSE' SEKARANG?"



"Daddy! Jelita tak pakai tudung la, kenapa daddy expose sekarang? Itu kan video dulu," demikian kata anak sulung kepada pelakon Beego iaitu Jelita Clarissa, 11, dimana dia menegur bapanya selepas dikatakan memuat naik sebuah video lama di media sosial.

Jelita yang kini bertudung itu tampil mempers0alkan tindakan bapanya itu yang berkongsi rakaman ketika dia belum menutup aurat.

Berhubung itu, Beego atau nama sebenarnya, Aszerul Nizam Abdullah, 45, yang menyedari perkara itu segera memohon maaf dan memberi sokongan kepada anaknya.

"Sorry, ini video baru juga. Jelita baru je pakai tudung bukan? Jelita pakai tudung dan terus istiqamah okay. Semoga Allah lindungi Jelita dengan rahmat-Nya. Sayang awak selalu," bal@s Beego.

Terdahulu, Beego memuat naik video ketika meluangkan masa bersama tiga anaknya menikmati ais krim di sebuah pusat beli-belah.

Dalam masa sama, Beego menafikan dakwaan kononnya anak-anak mereka mengalami tr@uma akib@t k0nflik rumah tangga yang berlaku.

Klik untuk gambar besar

"Anak-anak happy je keluar dengan daddy. Tak ada pun tr@uma," ujar pelakon itu.

Untuk makluman, isterinya yang juga pelakon, Linda Hashim, 41, mendakwa tidak pulang ke rumah sejak sembilan bulan lalu kerana t@kut dikas@ri, selain anak-anak turut dikatakan tr@uma melihat insid£n rumah tangga mereka.

Linda memfailkan cerai terhadap sumainya, Beego pada Januari lalu selepas tiada persefahaman.

Pasangan ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023, sebelum rujuk semula pada 9 April tahun sama.

Mereka mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: