24 August 2025

FATTAH AMIN & AMIRA OTHMAN DIDAKWA BAKAL BERKAHWIN - NETIZEN NAMPAK ADA HURUF 'A & F'



"Hidup kita semua punya takdir yang berbeza-beza. Cepat atau lambat tiada siapa yang tahu urusan Dia (Tuhan). Jangan khuatir tentang perjalanan kita kerana kita ada Dia."

Itulah ujar pelakon Amira Othman, 32, dimana dia sekali lagi mencur1 perhatian apabila memuat naik hantaran di media sosial miliknya yang seolah-olah memberi bayangan tentang fasa baharu dalam hidup.

Dalam hantaran itu, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, berkata, setiap manusia ditakdirkan dengan perjalanan hidup berbeza dan tidak perlu bimbang kerana segalanya telah diatur dengan baik oleh Allah SWT.

Meskipun hantaran yang dibuat Amira tidak menyatakan secara jelas, namun perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen, termasuk ada yang membuat sp£kulasi bahawa Amira bakal menamatkan zaman bujang.

Lebih menguatkan telahan netizen, penyanyi lagu 'Hati Hati' itu turut memuat naik video memperlihatkan dirinya sedang bersiap dengan busana rona putih seperti pengantin.

Klik untuk gambar besar

Bukan itu sahaja, malah turut kelihatan cincin emas bersama beberapa dulang hantaran dan kad yang tertera bertarikh 26.08 dengan inisial huruf A.

"Saya Nampak huruf A & F (merujuk nama Fattah)."

"Kami warganet mendoakan agar urusan pernikahan Amira dan Fattah akan dipermudahkan, lancar, bahagia hingga ke syurga."

"Saya terharu, semoga yang baik-baik saja untuk Amira dan bakal pasangan. Saya doakan kamu berdua bahagia selamanya," antara komen-komen yang tulis netizen.
Sebelum ini, k£coh di media sosial mendakwa Fattah bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.

Khabar tersebut didedahkan oleh seorang pengguna Thr£ads iaitu 'Kimchikims_' yang mendakwa dia mendapat maklumat itu daripada sumber boleh dipercayai.

Meskipun tidak menyebut nama pasangan, namun terdapat netizen yang memetik nama Amira sebagai calon isterinya.

Difahamkan, satu sesi siaran langsung di media sosial bakal diadakan antara pihak HijabistaHub dan Amira pada 29 Ogos ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apakah pengumuman yang bakal dibuat penyanyi itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: